Thursday, June 2, 2011

Holidays at Ranau (Part 1)

Assalamualaikum semua...

Lama i tak apdet belog kan. Masa cuti-cuti begini jadual harian sangat padat. Waktu siang di habiskan dengan aktiviti sampai ke malam. Bila malam pulak, badan penat mata ngantuk, malas nak apdet lagipun otak jem bukan jem yang sapu kat bread tu tapi jem macam trafik jem (ehh..apakah?). Ini pun rajin-rajin kan diri jugak apdet belog padahal esok harus bangun awal pagi lagi.

Di subuh hari ini, di kala orang lain tengah asik di buai mimpi dengan hujan renyai-renyai di luar sana, i di sini ingin membelogkan satu kisah perjalanan ke ranau itu hari. Ceh ayat bikin panas, tak sastera langsung macam bunyi kisah seram adalah...hehe.. Sebenarnya i ke Ranau ni pun sebab bestfriend yang suruh datang, abang dia kawen so dia jemputlah datang. Jadi alang-alang dah datang kenapa tidak mengambil kesempatan yang ada untuk bersuka ria. Ye dak?

Perjalanan..

Amaran ini memang menakutkan. Sepanjang jalan ada saja tanah runtuh k. 


Gambar dekat kundasang, cantik gila view dia


Perjalanan dari KK ke Ranau adalah lebih kurang sejam lebih. Mula-mula memang eksaited, manakan tidak kali terakhir i pegi Ranau time sekolah rendah u knoe. Kenangan tu pun dah kabur-kabur. Dah besar panjang ni baru lah dapat jejak kaki ke situ semula. Huhuhu malu nak ngaku~! Kejap je eksaited, bila dah sampai kawasan berbukit-bukit lepas tu banyak pulak bekas tanah runtuh, hati i pun ikut runtuh sekali... huhu takot wehh.. Tapi kejap je, bila dah sampai area Kundasang eksaited balikkk...

Petang tu kami g round2 Poring, saja2 nak tengok jalan supaya esoknya tak sesat




Thats all, cerita hari pertama kami d Ranau. Ohh bukan itu sahaja, ada lagi tapi terpaksa di tapis bagi menjaga hati warga-warga di sana. Karang aku kena wanted sebab cakap terlalu jujur pulak. ngehhh.... Tapi orang sana memang peramah2 kan.

Sekian, Konsikou for reading this

4 comments:

Gunaqz said...

wah, terus rindu hati sia sama kampung lepas tingu gambar2 ko. pa blh buat, jauh betul mo balik. thanks post gambar ranau ahh..

Farah Faridah said...

hahaha..balik la bah.. memanggil sudah tu ranau..

abglan said...

Ha'ah.... balik lekas, kucing kat rumah panggil mintak makan ke ke ke

Gunaqz said...

hayoo. telampau jauh mo balik bah. he he. next year lah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...