Friday, June 3, 2011

Holidays at Ranau (Part 2)

Assalamualaikum

Bila tengah bercuti begini memang bagus juga kalau sekali sekala bangun lambat (--''). Sekali sekala ok, tapi kalo berkali berkala tak bagus ya untuk anak-anak dara dan jugak mak dara. Tak baik untuk kesihatan, nanti jodoh tak mau lekat.. Ya kah?? Pandai pandai jak kau ah~! hehe.. Ya lah, kalau dah bangun lambat siapa yang nak kemas rumah, memasak, urus family semua kan? Ya ka tidak?

Tapi bukan pasal bangun lambat yang aku nak cerita, tapi pasal hari kedua aku kat Ranau harus menggunakan detik waktu yang ada sebaik mungkin, pegi mana-mana tempat beshh. Jadi harus bangun awal supaya waktu tak banyak terbuang kalau asik tido je.

Waktu pagi kami memenuhi jemputan seorang kawan, datang ke majlis perkahwinan abangnya dia bertempat di Kg. Kinapulidan Ranau. Nasib baik jugak lah tak susah cari rumah pengantin. 

Majlis Perkahwinan..
Macam tau-tau jak, memang kami datang dengan harapan lepas tu balik dengan kekenyangan. hehe

Kami mengikuti rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan

The Bride 

The Groom ( ketawa bahagia, Alhamdulillah dengan one lafaz mereka telah menjadi suami isteri yang sah!) Moga sampai syurga.. Amin Ya Rabb.

with my bff




Selepas ke majlis kawen tadi, kami sebulat suara pegi ke Sabah Teh Plantation. Opkos eksaitedddddd..., bukan kau tatau aku baru first time pegi. Jadi harus eksaited dalam hati, kontrol.. Jangan bagi nampak orang yang kita tengah eksaited, nanti orang cakap kita macam katak bawah tempurung. Walaupun kebenarannya ada jugak lah sikit..Tsk Tsk..

Ladang Teh Sabah..

Ok.. Aku tak puas hati betul lah dengan keadaan jalan sini. jalan grable. Padahal dah jadi salah satu pusat tarikan pelancongan harus bagi keselesaan pada pengunjung. Keadaan jalan itu juga penting.




Selepas dari Ladang Teh tadi, kami ke Sg. Moroli Kg. Luanti Baru. Tempat ikan kelah yang gigit gigit kaki tu.. Sepatutnya tempat ini yang first kami pegi, tapi cuaca hujan tidak mengizinkan maka kami dahulukan ke Ladang Teh tadi. Suddenly hari teduh, kami pun meneruskan niat murni kami itu. Bayaran masuk RM5 seorang kalau nak rendam kaki je atau RM10 kalau nak mandi bersama ikan.

harus~!








Sekian, Konsikou for reading this..

3 comments:

tiara dryden said...

by the way, i love ur skirt. hoho. :D

Gunaqz said...

bestnya dapat gi luanti...

Finie Ramos said...

Thanks for visiting my blog...nice blog dear...bestnyaaa dkerumuni ikan.. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...