Friday, July 8, 2011

Angan-Anganku Musnah

Assalamualaikum..

Selalunya secantikkkk dan semahall mana pun wedding card kita, lepas kawen mesti orang akan simpannn ja, paling kejam pun orang akan buang..Betulkan? buat apa orang mau simpan..kin samak ja. huhu maafkan saya, tapi itu kan memang sudah terbukti di kalangan kita, tapi memang ada jugaklah orang yang suka kumpul wedding card ini tapi bilangan orang ini tidak banyak lah. 

Tapi, mau kad kawen semahal mana pun secantik mana kah itu semua terpulang kepada individu dan budget masing-masing. Yalah, nak kawen kan hanya sekali, jadi mesti juga pilih yang terbaik untuk majlis masing-masing. Ada juga sebagai tanda ingatan kita kemudian hari nanti kan.

Bagi aku, aku suka kalau wedding card aku nanti yang dua dalam satu. Maksudnya orang masih lagi boleh gunapakai wedding card itu walaupun sudah selesai majlis. Dua contoh di bawah..


Kad Kahwin Farah AF2 berbentuk kipas tangan. Nanti boleh orang guna ini untuk kipas kipas bila panas pengantin lambat bersanding ataupun untuk kipas sate kah..Hahaha..

Yang ini pun best..i likeeeee (sumber : google)

Apasal aku story pasal kad kahwin tiba-tiba ni?? Pasal aku punya pasal lah...ha..ha.. Sebenarnya aku nak sangat ada wedding card macam ini kalau kahwin nanti, tak macam ini pun tak apa janji cantik.Tapi awal-awal tunang aku dah 'cuci' aku dengan alasan-alasan dia kenapa Tidak Perlu untuk membazir duit untuk benda yang boleh dikurangkan budget. Ya..ya aku setuju pendapat dia tapi.... OMG tolong lah jangan membazir Farah!! (bisik dalam hati sendiri hehh). Perkataan yang aku bold di perenggan pertama itu pun kasi sedap hati sendiri jak sebenarnya. Huhu..

Jadi kalau sudah dapat agak apa orang akan buat pada kad kahwin kita nanti, jangan sia-sia kan duit anda untuk pembaziran seperti itu. Kalau anda orang kaya dan mampu itu tidak apa lah kan. Ambil langkah paling jimat yang boleh untuk kurangkan budget-budget anda. Yang paling penting jangan sampai berhutang, tidak aman hidup kalau berhutang dengan orang.

NOTE : Mohon ampun dan maaf kalau ada kata-kata diatas yang menyinggung perasaan sanubari anda semua okeh.. Semua ayat-ayat diatas ditujukan untuk diri sendiri jadi jangan lah terperasan kalau ada persamaan okeh.. Huhu



Sekian, terima kasih daun keladi =)

3 comments:

Gunaqz said...

Tia kisah bah kad kawin mahal kah murah. Tapi kalau boleh, jan lah yg mahal betul, membazir bah. Kalau ikutkan saya, jemput jak pakai Facebook. SMS kah, email kah, orang2 veteran pun semua ada Facebook dan handphone sudah skg. Tapi mcm tia siok pula kan, kad jemputan macam satu tradisi sudah bah. Kalau tiada, macam lain pula.

Saya setuju dgn pendapat nunang ko. memanglah kawin sekali saja tapi kalau boleh jimat budget utk majlis, jimatkan lah kan? Hidup akan terus berjalan lepas majlis kawin. lagi byk belanja sesudah kawin. he he.

P/s: kos kad kawin sia murah jak. Sia bayar printing jak. design sia bikin sendiri. :-) abis, kalau tempah mau beratus-ratus harga dia. sayang duit. Boleh bikin bayar bil internet satu tahun sudah. ha ha!

tiara dryden said...

yg penting dpt kahwin sm simpan kad jemputan tu utk kita sdri :). bikin kenangan + memori. hoho

Farah Faridah said...

gunaqz : thanx so much for ur nasihat gunaqz. sng sikit ati sa ni ada org setuju jg. Tu lah bah, kalo dipikir2 buat sendiri wedding card lagi jimat kan. terpikir jugak sa rugi mau bayar mahal2 semata2 kadkahwin yg cantik pastu kena buang..huhu..

tiara : betul tu, yg penting dpt kawin bah kan. kad jemputan tu brg wajib simpan tau =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...