pregnancy

Tuesday, March 16, 2010

Review "Holiday at MELAKA"

Mula-mula Lisa ajak pegi Melaka diriku sungguh teruja sekali!!! (Cehh ayat mcm dia saturang jak teruja), mana x terujanya, sebagai anak perantau yang tinggal di Sabah dan baru first taim p Semenanjung haruslah merasa teruja dan mengambil kesempatan untuk ke tempat tempat seperti ini!! ya, semangat sungguh sehingga meletak tanda seru di situ. Gambar yang di ambil tersungguh lah banyaknya, sehingga tapisan memilih gambar harus di buat untuk di letak di dalam blog. Ohh..


Perigi HangTuah :
Bersungguh-sungguh benar kami melihatke dasar perigi ini sehingga tidah sedar diri sedang mencekak pinggang. (Tersangat nampak kesungguhan itu)

Tunggu turn untuk pura-pura mengambil air dari perigi

Masa ni memang cuaca tidak mengizinkan.. tapi mengapa risau..Payung kan ada..(--")

Rumah Tradisional Melayu Melaka :
Saya suka corak2 "tiles' yang ini, mesti mahal harga dia ni kan.


 
Bergambar dengan barang-barang antik, mula2 takut nak sentuh barang2 ni sebab tiba2 teringat orang cakap barang2 lama ni berpenunggu (--")...


 
Muzium Orang Asli :
Tiket masuk ke dalam ni RM2 jak seorang, tapi kalau nak bayar RM10 pun dialu-alukan (tiba-tiba*)


 
Kereta Lembu :
kalau nak naik kereta lembu bayaran dia Rm10


 
Zoo Melaka :
Dalam zoo ni semua binatang! yang betul but kena awet lah. Masa dah kat dalam tu tiba2 terpikir kalaulah semua binatang ni hidup secara tiba2..mmg pura-pura belakon jadi binatang trus..T-T


 




Meredah hujan..dah terpaksa sebab takut gate close dan paling takuti terpaksa tidur
bersama hewan hewan!!


 
Dalam perjalanan meredah hujan tiba2 ternampak gajah (mcm lah x sengaja nampak gajah sebesar tu), trus minta photograper ambik gambar kami bersama gajah walaupun gajah itu sombong xmau tengok
kamera (--")


 
Dah sampai Gate, hujan pun tiada lagi..


 
Istana Kesultanan Melaka :
 Masuk sini x ingat bayar berapa.


 
Taman Larangan Istana :
Dipercayai tempat puteri-puteri dahulu kala bermain (main lari2 kah)

A Farmosa :
Bangunan ni sebelum masuk istana, sebelum masuk istana kena lalu bangunan ini (ayat mcm sama)


 
Ini pun muzium tapi ndak ingat muzium apa


 
Topi tu kami baru beli, baru nampak macam pelancong betul..huhu..


 
Kapal : kapal ntah apa sudah nama dia ni. BESTTT....



Nazri dan Lisa ada hati nak tarik bendalah tu. Cubalah kalo dapat..huh!


 





 
Note WithLuv :
Sangat seronok pegi Melaka, memang tak boring dan banyak tempat2 menarik.

Monday, March 15, 2010

Hanya Meluah Rasa Tidak Puas Hati

Apa perasaan kamu sekiranya ada dalam opis kamu kah, dalam kalangan kamu kah, kawan2 kamu kah, bestpren kamu kah yang suka/selalu mengumpat ni??? apa yang u'oll akan buat? Saya kesian dengan situasi yang berlaku dengan kawan saya yang ini..yang mana??? yang satu kerja dengan saya ni lah.. Story dia macam ni, dia punya boss ni suka menjaja cerita pasal kawan saya yang sorang ni dengan kawan2 yang c boss ni lah. seolah2 dia ni x tahu buat kerjalah, dia ni lambat faham lah tu lah ini lah begini lah begitu lah. kawan saya ni sabar je lah yang termampu, pernah tu, xpasti bila, tapi yang pasti incident ni memang berkali kali campur dah terjadi dekat kawan saya ni, dia kena marah padahal benda tu kecik jer.. dia just nak tanya benda yang dia tidak faham!! ya lah, x tanya karang salah buat kena marah lagi.. bila dah kena marah, sound tu x boleh control dah.. memang satu opis boleh dengar lah.. even saya yang hanya mendengar ni pun jadi sakit ati!!!geram ati!!.. orang macam ni pun idup lagi kah?? malas nak ulas panjang berjela.. buat menyakitkan hati haku jer... Pandang ni lagi best.. terubat sikit rasa sakit... hehehe..




Hai..Nama saya Merah.. (--")


Note WithLuv :
Jadilah Boss yang bertimbang rasa agar pretasi pekerja akan meningkat.. Jangan jadi boss yang macam saya crita tu.. Tu memang ramai pekerja akan benci.. No body perfect, semua kita masih belajar tuk jadi baik..kan..kan..



Friday, March 12, 2010

Beli Baju Nikah

Oppppsssssssss.... bukan saya yang beli Baju Nikah ni tau.. tapi kawan saya Lisa. saya sebagai peneman  n tukang komen jak...belum tiba lagi masa untuk membeli baju nikah sendiri..huhu T-T...Minggu yang lepas lepas lepas (berapa banyak minggu daaa terlepas nih..hehe..)...27 Febuari 2010 yg sudah tu la, saya n Lisa pegilah jalan-jalan ke KL dengan tujuan masing.. Apakah sebenarnya tujuan kami??? Arrr.. Lisa dengan niat yang murni dia ingin membeli Baju Nikah untuk Majlis Pernikahan dia nanti.. Saya pula nak beli hadiah untuk family angkat d Penang nanti, sambil2 tu servey tempat untuk beli baju nikah sendiri nanti..owhh murninya niat ... T-T..Sigh.. tengoklah gambar gambar ni, belum jadi pengantin pun muka dah berseri-seri.. ohhh Lisa..














Note withluv : Tiba-tiba jeles tengok orang lain nak kawin (T-T)..(tampar diri sendiri)


Thursday, March 11, 2010

Trip To Cameron Highlands ( Trip dah lama baru nak apdet..Sigh..)

Dah sebulan lebih kamiorang buat trip ke cameron ni, baru sekarang 'apdet' tentang ini..sigh~! haha.. cerita dah basi baru sibuk2 nak memblog..alahaiii.. apapun nak cerita sikit pengalaman pegi Cameron ni.. Perjalanan dari Putrajaya ke Cameron ni adalah dalam lebih kurang 5 jam. Memang penat lah dalam perjalanan tu even kami jadi penumpang n duduk2 sambil boleh tido2 lagik.. kalau tido tu x payah cakap lah berapa kali..memang berkali darab bahagi dah..sampai lemah2 dah badan syik duduk.. kamiorang sampai dalam petang hari.. Teruja sungguh kluar dari bas..macam orang sabah cakap "jakun" atau " kebaruan"..Almaklumlah 1st taim sampai tempat orang..cuaca pun best dan semestinyaa  Sejukkksssss... memang fresh air betul lah.. malas lah nak cakap panjang lebar berjela.. tengok jak lah gambar2 ni.. kalo x mau tengok cepat2 close..




View dari aparment

petang tu singgah dekat kedai bunga

perjalanan ke taman strawberi

taman kaktus

wajah2 teruja tengok anggur di atas..
paling teruja org yg menggambar tu..hehe..its me

Salad segar yang dicemari oleh kami..hahaha



makan eskrim dekat taman strawberi..

gadis dan bunga


kami



d ladang teh

perkataan "Cameron Highlands" ni memang payah nak jumpa.
last2 yang ni pun hantam saja lah.


Note WithLuv:


Cameron memang best..Tapi apa-apa pun..Kundasang lagi sangat best nya dan indah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...