pregnancy

Tuesday, May 10, 2011

Perkara Yang Dilakukan Bagi Elak Bosan

Assalamualaikum 

Bila kita buat benda yang sama hari-hari pun mesti boring kan.. Eh, ok2 bukan kita tapi maybe i sorg je kot. Rutin harian yang i buat tiap-tiap hari kalau i cerita pun mesti you ols gelak or kalau tidak pun mesti orang akan berfikiran 'ihh, teruk betul lah hidup cam ngko ni, boring betul, xda yang menarik langsung kah yang ada dalam hari-hari ko ni weii'. sambil berlalu pergi meninggalkan i bersendirian. heii kalo korang boring, aku lagi boring tau!! Biasalah hidup d negeri sebelah pun di kira perantau juga..xda keluarga dan boring

Rutin i setiap hari, bangun pagi terpaksa, going to opis terpaksa but mesti buat sebab tuntutan, kat opis menunggu ke pukul 5 tu terpaksa melalui lagi suasana yang boring, memang kerja tu tak berapa nak banyak la banding ngan opis lama, tapi bila kerja yang tak berapa nak banyak tu lah yang buat haku boring. buat benda yang sama. macam tak ikhlas benci tul ada perasaan tak ikhlas ni. Sedar ke tak sedar ke dah pukul 5, balik rumah. Kalo mood petang tu rajin, nyapu2 kemas2 masak2 lah haku apa yang patot. Pastu bila kira kira semua dah ok, tido lah sampai esok pagi. faham ke dok?? adesss..senang cam ni hah..

1) Bangun
2) Kerja
3) Balik Kerja
4) Tidor

Pastu ulang balik dari no.1 hingga no.4 setiap hari. Amacam?bengang ke tak bengang aku melalui hari-hari yang boring..jap,jap, nangis jap.

Ok, i tanak terus-terusan idup dalam 'boring seorang aku', maka sesuatu perlu di lakukan sebelum aku jadi stress seorang diri, jiwa kacau. ok i sekarang cuba larikan diri dari boring dengan libatkan diri dalam bermain badminton. Memang best sangat2, selain dapat bersenam keluarkan peluh menyihatkan badan, stress pun hilang sama sekali. Pastu dapat kenal kawan2 baru lagi, dapat lagi rapat dan mesra dengan kawan2 yang sediaada lagi tu. Memang pakej betullah. Kalau tak pandai main badminton tu..biasalah, mula2 memang macam tu. macam i jugak dulu, hoiii jangan gelak oii. i dulu pun main tak pandai main sampai bengkak tangan. Tapi bila minat tu dah ada, hahhku peduli apa. Pastu keesokkan pagi nya badan sakit2... Dont worry lah, kali kedua permainan dah hoke.. 
Kalau tak pergi main badminton, i pegi jogging ngan housemate. Pun best, sambil jogging gosip sikit-sikit, minda pun relaks, badan pun sehat, tido pun nyaman..hehe.. ok i tau lah, mungkin cara i ni tak gempak cam you ols kan, tapi ok lah daripada tak ada. dan paling penting benda ni benda baik.

Ok jadi, jangan terlampau boring dengan hidup ni.. Cari altenatif supaya hidup lagi ceria. tanak lah boring2. 
Kalau muka masham masham i tengok gambar ni.


Anyoyoyoyo....cumil..ini kucing siam + kucing kampung
(dia cakap "nyiauuuu, gigit nak?")


ni namanya sikicik, kucing i yang hilang melarikan diri ekor aritu. cedihh toll.


Ok dah habess..Terima kasih sebab sudi baca, Babai

Monday, May 9, 2011

Cuti - Cuti

Assalamualaikum...

Masa cuti hari pekerja minggu lepas tu, aku ambik kesempatan lah untuk balik kampung halaman tanah tumpah nya darah ku...rakyat hidup bersatu dan majuuuuuuuu..rahmat bahgiaaaaaa tuhan kurrrniaaaakannn..rajjjjj...ehhh ek'ehh pesal stuck kejap ni..oh biasalah ni semangat anak malaysia.. jadi cuti hari pekerja aritu maka balik lah aku ke kampung, biasalah kan anak perantau bila balik kampung ni eksaited dia lain mcm..eksaited siuman,,dak lah eksaited gilor kan..3 hari aku di kampung, dak penah melekat di rumah, biasalah bila balik kampung sekali sekala ni byk lah program yang dirancang. pigi sana pigi sini, buat itu buat ini. tapi yang paling terkilan tu tak dapat lak jumpa kawan2 sekampung, babu2 aku. sedih x sedih?. jap nangis jap....
Yang paling best, masa petang hari ahad tu kamiorang pg pantai mandi laut weiii..siukkkk... lama betul x mandi laut sabandar ni..suasana dia masih macam dulu, tenang, damai, permai.. indah kan?? air dia pun jernih boleh nampak pasir2 di bawah air tu.(itu pun mau kasitau kah?)
Hari isnin, last day cuti. dalam hati (aduhhh, malasnya mau balik, malasnya kerja bisukkkk..tolonggg). tapi apa boleh buat ya dak, kena lah balik keja ya dak? lepas salam2, cium2, nangis2, ketawa2, babai2 sama family, kami pun mengatur gear, mau singgah Nexus Karambunai. Saja jalan-jalan sama nunang sebelum betul2 balik Lawas. ok, tengok gambar pulak, sori kalo boring. kalo boring gak scroll down laju2 atau klik button close cepat2..heh..tarik napas..










Register dulu

baru cycling







yeah..peace no war..




ok dah,dah penat. jom balik jom.








Sunday, May 8, 2011

Almost 1 tahun

Assalamualaikumm... 

Orang tua2 cakap, bila kita pg rumah yg lama x berpenghuni,kita kena bagi salam dulu, kot2 manala tau kan rumah tu sudah ada penghuni baru..macam belog aku ni lah, sudah hampir setahun di biarkan,hari ni baru jenguk2 tgk keadaan dia macamana..ohh macam begini rupanya. berhabuk, bersawang siap ada spiderman anak beranak lagi..hishh..hishh..hish.cian tul bah kena semberono oleh tuan dia..
Entri terakhir aku tahun lepas pun pasal kucing 20jun2010..hamboiii lama tu cekkkk. kalo ibu mengandung dah lama dah keluar baby dia..ehh pesal aku tiba2 kaitkan ngan ibu ngandung ni.. ngong...  
Dalam masa aku tak apdet belog ni, banyak macam jugak lah perkara yang terjadi dalam hidup aku.. yolah takkan takda perkembangan langsung lam idup kan boring gak tu. cecite cecite ?? malas lah, kalau cite kang ambik masa seminggu baru habess cite..ngeh! ok lah adios..lain masa kalo aku rasa macam rajin rajin tu aku cuba lah apdet blog ni. oh ya.. tuan blog ni tengah 'betapa'. tu pasal dia lambat apdet belog. iya betul... 



ok..syhhhh..kosentret plis..

Sunday, June 20, 2010

SHEYGIE AND 4 LITTLE COMEL2..






cuba teka apakah ini??
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAA......

oohh..kucing parsi sebelah rumah yang berwarna hitam gelap macam kain lap kaki ini bernama sheygie.. oo jahat sungguh kau panggil dia kain lap kaki!! tapi sangat comel dan manja!!
memang sangat comel dan manja, sebab suka makan ditangan.. mengada-ada betul!!
sheygie with her children =)

yang ini Bandit (sangat nakal,suara nyaring!)

Sharpie dan Lemy (sharpie si sentimental,lemah lembut jak!!,lemy pulak paling comel =))



dan yang ini Cody,sangat nakal!! (tengok lemy tengah gigit2 kuku, geram!!)

* Baru balik dari jumpa 5 ekor ini, sekarang si kecik-kecik ini sudah pandai bermain kejar2!! sangat geram ok!!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...