pregnancy

Thursday, March 18, 2010

Serupa tapi bukan adik beradik

Orang cakap dalam dunia ni kita ada 7 orang yang sama muka dengan kita.. Tidak termasuk siapa yang lahir terus-terus ada kembar tujuh tu arr, bertuah betul mak bapak yang melahirkan jak terus dapat 7 anak tu kan.. Sekali beranak jak terus dapat tujuh anak. Lepas tu mesti sibuk2 jaga anak yg tujuh orang itu.. (heh..bukan ini yang saya nak crita)..oowhh yang penting tidak ada kaitan darah apa2. Maksud saya bila kamu sedang berjalan-jalan bersama rakan kamu tiba2 rakan kamu tu cakap "eh,tengok prempuan tu samalh muka ko dengan dia"..atau "eh, ko dengan sianu tu adik beradik kah sepupu?samalah muka ko dan dia" atau yang lagi sadis ada orang yang memanggil nama kamu dengan nama orang yang serupa dengan kamu tu kerana menyangka kamu itu adalah orang yang serupa dengan kamu itu? (rasa nak cucuk je mata orang yang cakap tu) faham kah tidakkk?? faham ka tidakkkk??

Ini kawan saya.(ayat poyo). Salah seorang dari 7 orang di dalam dunia ini yang orang cakap serupa dengan saya. Cuba tengok betul2 adakah benarrrrr kata2 itu..








saya denga jastia, dah lali dah dengar orang cakap yang muka kami 2 ni sama.. Samakah?

Lagi sekali.. Samakah??

Gambar ini tidak ada kaitan, wajah kami tidak sama yang sama cuma tarikh lahir kami..heh (--")


Note WithLuv : Saya rasa lebih 10 orang dah saya jumpa yang cakap macam tu. dah terlebih 7 orang dah..





Wednesday, March 17, 2010

PETUA APALAGI YANG HARUS DIGUNA SUPAYA RAMBUT TIDAK KEGUGURAN?

Sejak awal2 dan akhir2 ini masalah rambut gugur ini sangat merunsingkan saya!!!! dah bermacam bagai syampu telah saya cuba tetapi tidak mendatangkan hasil.(mcm iklan rambut gugur lah pulak). Selalunya sampai takut nak sikat rambut sebab seram tengok rambut2 berguguran.. tu belum lagi bila part basuh rambut, part bangun dari tidor, rasa nak saman jak syarikat2 pengeluar syampu anti hair fall..T-T..

Note WithLuv : Ada tak apa-apa petua selain menyuruh saya untuk pergi ke Yun Nam Hair Care ??

Tuesday, March 16, 2010

Review "Holiday at MELAKA"

Mula-mula Lisa ajak pegi Melaka diriku sungguh teruja sekali!!! (Cehh ayat mcm dia saturang jak teruja), mana x terujanya, sebagai anak perantau yang tinggal di Sabah dan baru first taim p Semenanjung haruslah merasa teruja dan mengambil kesempatan untuk ke tempat tempat seperti ini!! ya, semangat sungguh sehingga meletak tanda seru di situ. Gambar yang di ambil tersungguh lah banyaknya, sehingga tapisan memilih gambar harus di buat untuk di letak di dalam blog. Ohh..


Perigi HangTuah :
Bersungguh-sungguh benar kami melihatke dasar perigi ini sehingga tidah sedar diri sedang mencekak pinggang. (Tersangat nampak kesungguhan itu)

Tunggu turn untuk pura-pura mengambil air dari perigi

Masa ni memang cuaca tidak mengizinkan.. tapi mengapa risau..Payung kan ada..(--")

Rumah Tradisional Melayu Melaka :
Saya suka corak2 "tiles' yang ini, mesti mahal harga dia ni kan.


 
Bergambar dengan barang-barang antik, mula2 takut nak sentuh barang2 ni sebab tiba2 teringat orang cakap barang2 lama ni berpenunggu (--")...


 
Muzium Orang Asli :
Tiket masuk ke dalam ni RM2 jak seorang, tapi kalau nak bayar RM10 pun dialu-alukan (tiba-tiba*)


 
Kereta Lembu :
kalau nak naik kereta lembu bayaran dia Rm10


 
Zoo Melaka :
Dalam zoo ni semua binatang! yang betul but kena awet lah. Masa dah kat dalam tu tiba2 terpikir kalaulah semua binatang ni hidup secara tiba2..mmg pura-pura belakon jadi binatang trus..T-T


 




Meredah hujan..dah terpaksa sebab takut gate close dan paling takuti terpaksa tidur
bersama hewan hewan!!


 
Dalam perjalanan meredah hujan tiba2 ternampak gajah (mcm lah x sengaja nampak gajah sebesar tu), trus minta photograper ambik gambar kami bersama gajah walaupun gajah itu sombong xmau tengok
kamera (--")


 
Dah sampai Gate, hujan pun tiada lagi..


 
Istana Kesultanan Melaka :
 Masuk sini x ingat bayar berapa.


 
Taman Larangan Istana :
Dipercayai tempat puteri-puteri dahulu kala bermain (main lari2 kah)

A Farmosa :
Bangunan ni sebelum masuk istana, sebelum masuk istana kena lalu bangunan ini (ayat mcm sama)


 
Ini pun muzium tapi ndak ingat muzium apa


 
Topi tu kami baru beli, baru nampak macam pelancong betul..huhu..


 
Kapal : kapal ntah apa sudah nama dia ni. BESTTT....



Nazri dan Lisa ada hati nak tarik bendalah tu. Cubalah kalo dapat..huh!


 





 
Note WithLuv :
Sangat seronok pegi Melaka, memang tak boring dan banyak tempat2 menarik.

Monday, March 15, 2010

Hanya Meluah Rasa Tidak Puas Hati

Apa perasaan kamu sekiranya ada dalam opis kamu kah, dalam kalangan kamu kah, kawan2 kamu kah, bestpren kamu kah yang suka/selalu mengumpat ni??? apa yang u'oll akan buat? Saya kesian dengan situasi yang berlaku dengan kawan saya yang ini..yang mana??? yang satu kerja dengan saya ni lah.. Story dia macam ni, dia punya boss ni suka menjaja cerita pasal kawan saya yang sorang ni dengan kawan2 yang c boss ni lah. seolah2 dia ni x tahu buat kerjalah, dia ni lambat faham lah tu lah ini lah begini lah begitu lah. kawan saya ni sabar je lah yang termampu, pernah tu, xpasti bila, tapi yang pasti incident ni memang berkali kali campur dah terjadi dekat kawan saya ni, dia kena marah padahal benda tu kecik jer.. dia just nak tanya benda yang dia tidak faham!! ya lah, x tanya karang salah buat kena marah lagi.. bila dah kena marah, sound tu x boleh control dah.. memang satu opis boleh dengar lah.. even saya yang hanya mendengar ni pun jadi sakit ati!!!geram ati!!.. orang macam ni pun idup lagi kah?? malas nak ulas panjang berjela.. buat menyakitkan hati haku jer... Pandang ni lagi best.. terubat sikit rasa sakit... hehehe..




Hai..Nama saya Merah.. (--")


Note WithLuv :
Jadilah Boss yang bertimbang rasa agar pretasi pekerja akan meningkat.. Jangan jadi boss yang macam saya crita tu.. Tu memang ramai pekerja akan benci.. No body perfect, semua kita masih belajar tuk jadi baik..kan..kan..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...