pregnancy

Sunday, July 24, 2011

Terharu

Petang lepas Asar tadi housemate buat kejutan, aku pun tak tahu bila masa diorang keluar rumah g beli kek n makanan segala. Balik-balik je dah bawa sebijik kek buat sambut birthday aku yang terlambat 2 hari itu. Mungkinkah kerana melihatkan raut wajah ku yang bermuram durjana maka mereka merancang untuk membuat suprise?! Ohhh.. terharunya saya!! Thanx Hana & Sarong!!

Nampak simple tapi nyamannn!! Licin terus kami kerja kan =B


Makanan yang tak habis termasuk sisa tulang temulang bagi dengan dia




Saturday, July 23, 2011

Happy SabtuDay (*-*)v !!

Assalamualaikummm!!..

Hari ini bangun awal sikit dari hajat sebenar hati yang mahu bangun lambat. Sejak bulan jun lalu hujung minggu   adalah menjadi hari yang buzy untuk saya. Tiada rehat2 di rumah..tiada bangun lambat..tidak boleh juga terbongkang di katil lama2.. Jadi hujung minggu ini hari yang ditunggu-tunggu, saya sudah berniat awal-awal mau tebus balik penat lelah, mau tidur puas-puas sebab nanti bila sudah kawen bini tak boleh bangun lambat nanti laki marah.(--"). Tapi pagi tadi semua hancur, pagi-pagi lagi jiran sebelah sudah buat bising ktuk ktak ktuk ktak ntah apa yang dikerjakannya. Paksa-paksa juga tutup mata, tapi telinga tak mau kerjasama. Tak boleh pekakkan telinga. Akhirnya, terpaksa bangun. 

First thing yang saya buat, basuh cadar basuh selimut yang entah berapa minggu dah tak bercuci =P. Lepas breakfast terus kemas-kemas rumah keseorangan sambil dengar suria fm.=B normal life. Sekarang boleh rilex.. Kerja dah selesai... Wahh indah nya dunia kalau begini hari-hari.=)

Selamat Berhujung Minggu ~!!!


Tiba-tiba rindu dengan sikici yang nakal ni~!!





Friday, July 22, 2011

22 Julai (!!!)

Assalamualaikum..


Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu sudah 20 tahun tambah empat tahun aku hidup di muka bumi Allah ini. Isk..Isk..Tak sangka betul, dah besar pun c Farah ni. Tak banyak yang aku inginkan dalam hidup ini cuma aku bermohon semoga setiap langkah yang aku ambil dirahmati, diberkati dan sentiasa dalam bimbingan  Allah S.W.T Aminnnn..


 



Kalau dulu dulu masa masih hingusan teringin nak cepat cepat besar. Selalu tertanya-tanya apa aku akan jadi masa umur ku 20an..macamana kah rupa ku besar nanti. Haha..hei farah kecik ni sudah besar rupanya. Kalau  dapat undo balik pegi zaman kanak-kanak kan best.. Tak payah fikir-fikir masalah orang dewasa.=)

Happy Birthday to me =D

- Post ini auto published, i dah nyenyak tido pun hahh-

Sekian, terima kasih babai..

Thursday, July 21, 2011

Terkilan Sangat Sangat

Assalamualaikumm..

Aku sangat terkilan dengan sorang member yang sampai sekarang aku still anggap dia kawan aku.. Tapi gara-gara FACEBOOK!! dia sanggup putuskan persahabatan kami. Hanya sebab aku ikut-ikut komen dekat status fb dia saja, aku tak nampak pun apa kesalahan aku sampai dia nak bergaduh dan putus kawan. Apa pun salah aku, aku sudah minta maaf walaupun aku sendiri tak jelas apa salah yang aku buat. Sampai sekarang aku tak faham kenapa..





Buat sahabat yang pernah rapat dengan aku ni.. sorry to say lah aku ni tidak kisah pun putus kawan dengan kau. Sekalipun kalau kau tak pernah muncul dalam hidup aku pun ada ku kesah.. Tapi aku terkilan sangat gara-gara status kau sendiri di facebook tu kau begini, adoiii plisss lah. Apa-apa pun aku tak pernah simpan dendam dengan kau. Semoga kau happy happy selalu oke. Peace (*-*)v

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...