Saturday, August 13, 2011

You Know What I Did Last Trip??

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Lega, selepas melalui perjalanan yang boleh di kira memenatkan bagi i tapi boleh dikira menyeronokkan dan memuaskan hati. Biasalah, lama tak travelling. Lepas itu, berpeluang lagi untuk berjumpa kawan-kawan lama jadi trip kali ini macam 2 dalam 1.

10082011


Around 1115am bertolak dari rumah siap bawak tapau megi untuk sahur dekat kuching nanti. Flight 1140am. Dari rumah perut memang dah meragam. Kacau betul!!. Sepanjang dalam plane, telinga disajikan dengan bunyi muzik bising kipas kapal kah hapa duduk pulak dekat dengan kipas kapal, adoii memang cuci telinga betul lah. Almaklumlah Twin Otter. Yang paling tak tak tak tahan, masa nak landing dekat Miri, kepala dah pusing pusing macam roller coaster, pening nak muntah kat hujung-hujung dah. Cepat-cepat ambik minyak cap kapak, maka semerbak lah satu kapal dengan bau minyak cap kapak i.. Haha..i peduli hapa ni antara hidup dan mati dah ni. Alhamdulillah, selepas 50 minit perjalanan, kapal landing dengan selamat.. Keluar je dari kapal kepala rasa panas.. Demam

Stay kat airpot Miri, 1420pm berlepas menuju ke Kuching. Sampai Kuching tefon taxi to picked me up terus menuju ke Hotel. Rehat kat bilik sementara tunggu Lydia (ex officemate) datang ambik. Petang itu berbuka puasa kat pizza hut, idamanku selalu.=) Malam tido awal lepas makan paracetamol. Demam..

11082011

Bangun sahur makan nasi petang semalam yang tak sempat nak jamah dan pizza semalam yang tak habis =P after everything g tido balik. Hihi.. Jam 6 bangun balik bersiap-siap nak g kelas 0800am -1700pm. After class terus direct ke Boulevard. Pusing-pusing kat situ macam nak masuk semua kedai. Paling tak boleh lupa, terkenan dengan satu cadar Akemi dekat situ dengan harga RM1k++ after 80% diskaun RM200++. Memang gila harga cadar sampai RM1K. 

Petang itu berbuka dekat Kenny Rogers Roster, murah rezeki Lydia belanja.=) After iftar, bawa Lydia g tengok cadar Akemi tadi. Tak puas hati punya pasal, nak jugak tengok balik. Sampai suruh orang situ tolong display kan. Last-last tak nak bila fikir masak masak tak jadi pulak nak beli. Tabiat buruk i yang disedari!! 

12082011

Bangun sahur makan mee segera yang dibekalkan dari rumah. Happy, hari ini kelas setengah hari dan ini hari terakhir! After class, Lydia bawa ke Wisma Saberkas. Selepas buang masa pusing-pusing tinjau tinjau kat situ. Tanpa apa apa barang belian, kitorang keluar menuju ke The Spring. Shoping Mall baru dekat situ. Jalan-jalan nampak Padini my fav, ohh kalau yang itu harus masuk! Paling disayang sebab dia selalu bagi diskaun.. After rembat mana yang terkenan, macam biasa tinjau tinjau kedai lagak seorang penguatkuasa mana tah. 

Destinasi seterusnya ialah Pasar Satok, orang kata tempat ini glemer dengan ikan teruboknya. Sampai dekat Pasar Satok jadi tergamam sekejap, tergamam sebab penjual-penjualnya terlebih peramah barangkali. Seperti penyambut tetamu yang mengalu-alu kan kedatangan tetamunya. Yang disitu suruh beli ikan dengan dia, yang disana pulak suruh beli tempat dia. Masing-masing berlumba-lumba. Agaknya, begitu cara mereka menarik orang ramai untuk beli di tempat mereka. Macam ada unsur paksaan pun ada gak. I yang nak membeli ni pun berbelah bagi nak membeli ikan terubok kat siapa. Last-last I berdiri kat depan diorang macam orang nak buat persembahan. Dengan muka dibuat-buat serius memandang ikan terubok mana yang paling menawan kalbu. I beli 9 ekor dapat RM50.. harga asal RM80 lebih kurang.. Amacam?? murah ke tak murah?

Petang itu, bersungkai dekat gerai tepi jalan Pasar Satok saja. Pun cara Peniaga dekat situ tarik pelanggan lebih kurang sama dengan penjual ikan terubok tadi. Mengidam nak makan soto, tapi hairannya kat situ tak da pulak diorang buat soto. Kalau kat Sabah, soto ni macam dah jadi menu wajib dah. Sedih jap, last-last oder nasi ayam penyet dan sup daging sebagai pengganti soto. Nasib baik sedap~!!

Malamnya, after sungkai balik hotel nak siap-siap jumpa Jac (kawan lama kat mosti) and her friend Julia at The Spring again!. selepas borak-borak, kitorang yang tak jadi nak tengok wayang ambik keputusan untuk menyumbangkan lagu..Hehe..Kbox lah apalagi. Sampai sakit-sakit tekak melalak macam perasan artis =P

13082011

Kring.. Kring.. Fikirkan alarm clock rupanya cNunang tefon suruh bangun sahur. Nampaknya dia lagi cepat dari alarm clock i. Hwarggghhh ngantoknyaaaa i...sedapnya kalau boleh tido lagi ni. Tapi nampaknya i kena batalkan niat sebab flight balik hari ini pukul 0700am tahu. selang 10 minit kemudian, cNunang call lagi, dalam hati 'apalagi ni!orang nak makan', rupanya dia nak pastikan yang i betul-betul bangun tadi bukan tido balik. Eh hello mr Tunang! i tahu lah tengok jam oke. Hehe.. tapi i sangat-sangat berterima kasih sebenarnya sebab selalu jadi alarm clock saya! Hari ini bersahur dengan cheese burger Sugar Bun yang telah sempat ditapau malam tadi =) 

Flight jam 0700am sampai miri before 0800am, awal pulak!. Sampai Miri, tunggu Lisa (kawan lama kat mosti) datang ambik. Flight Miri ke Lawas 1335pm. Sengaja lambat balik lawas sebab nak jumpa Lisa and her daughter Feeya yang comel! 

Sampai airpot my flight was delayed ke jam 1445pm. Nampaknya i kena tunggu lagi lebih kurang sejam!! Letih- letih..nak balik nak tido nak rehat... 


Sekarang Alhamdulillah, dah sampai rumah juga pun. Telinga pun masih berdegung lagi. dan sekarang sempat lagi update belog yang lama terbiar =) Kesian.. Sekarang berhajat pulak bila nanti ada rezeki ke Kuching nak ke Sariken borong kain banyak banyak. Pastu nak lawat tempat-tempat menarik =)) InsyaAllah.

6 comments:

Aki said...

ada tapau kek lapis?? minta.. Hehehe.. lama da nda balik kuching.. ^_^.v..

Farah Faridah said...

kek lapis ndada tau..ikan terubok lah..mau?? haha..

Akue Achik said...

wuhoo..bercuti..jeles2.. :(

echaRierie said...

wahh..trip yg best..jln2..hehe..
eya kan btl ckp si Aki..
lm nda mkn kek lapis..hihi ~

misya mialen said...

klu x dkuching, soto mmg lain.mmg x sedap soto sini.hahhaha.d sabah lagi sedap;D.

Dorris Angel said...

lama sda x g kuching.... sariken paling best.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...