Tuesday, June 28, 2011

Malam Fantasi Magika

Assalamualaikum..

This dinner was held pada 25 Jun, hari sabtu malam ahad jam 0700pm baru ini. Maknanya aku terlewat update 3 hari. Tak apa. Dinner ni dekat Hotel ParkCity Miri sana. Subuh subuh pagi lagi kami dah bertolak dari Lawas-Temburong-Limbang-Brunei-Miri. Fuhhhh... Penat tak usah cerita lah, memang aku bukan jadi driver aritu tapi senggal jugak lah otot-otot ini. Mata pun tahan-tahan ngantuk, tapi tak boleh tido sebab awal-awal lagi driver sudah larang aku tido sebab nanti dia tak ada kawan bercerita nanti dia pun akan ngantuk sorang2. Nanti apa jadi kalau driver sudah terjangkit mengantuk?? Jadi cara untuk hilangkan ngantuk ialah..... Pasang lagu kuat-kuat pastu berkaroke lah anda di dalam sana seperti anda berkaroke di rumah. Tak perlu risau kalau piching lari. hahaha..Perjalanan nanti akan aku update esok lusa tulat kah. Sekarang ini biar aku cerita pasal Malam Fantasi Magika itu hari.

Sebenarnya, dinner ni LHDNM yang buat, lagipun orang dah ajak lagi mau tolak kah?Hehh.. Malam Fantasi Magika bertemakan hitam dan silver pastu bertopeng. First time kot aku ikut acara-acara bertema begini. 

We =)


C Nunang dapat lucky draw..jeles?? tak lah, sebab my instict kata aku pun mesti dapat kejap lagi.

See..tak sangka instict aku boleh dipercayai malam itu, aku pun dapat lucky draw ya.. Jadi c nunang tak payah mau kasi jeles2 ok.

Itu barulah dikatakan datang dengan harapan pulang dengan kejayaan membawa perut yang kenyang dan hadiah-hadiah bagai =) 

Sekitar Majlis..(random pic)





pic no.2 - no.4 antara dishes yang sempat di snap. 
Aku tak makan banyak, sebab satu aku dah kenyang tengok makanan tu, sebab dua aku tak pandai makan nak guna chopstik,garfu,sudu pastu makan ala-ala formal. Owhhh tolonglah.. Aku lagi rela makan pakai tangan, tapi wajarkah aku makan pakai tangan di situ. kang aku jadi bahan perhatian plak.


Pembukaan tirai malam magika

Deretan hadiah 


Grand Prize 

Calon-calon Maharaja dan Maharani Fantasi Magika

Maharaja & Maharani Fantasi Magika

Acara itu dari pukul 0700hrs sampai dekat jam 12. Sepatutnya tak mau berlama-lama situ, kalau dah makan terus balik tu,hehhh tapi gara-gara nak tunggu lucky draw punya pasal. Sanggup..

Sekian, terima kasih daun keladi

Wednesday, June 22, 2011

Pilihlah Yang Berbaloi-Baloi

Assalamualaikum..

Sewaktu berholiday berhari-hari di sesuatu tempat apakah yang menjadi keutamaan anda? Sila jawab.. Saya sedang bertanya ni. OK, kalau aku first things adalah tempat tinggal.. kena lagi pergi tempat yang tiada siapa-siapa yang boleh kita pinjam rumah dia tempat kita berteduh tumpang bermalam, takkan mau tinggal dalam longkang kan. EH, banyak-banyak tempat kenapalah aku tertaip longkang ini. Ok abaikan saja.

Sini aku sekadar nak kongsi kan lah tempat kami berteduh itu hari masa jalan-jalan di Ranau, bukannya entri senarai hotel dekat Ranau. Bukan hotel mahal, bukan resort 5 bintang. Siapa yang terlalu memilih bintang, ini bukan senarai pilihan anda. Cukup sekadar tempat berehat saja lah, kita datang bukannya nak terperap dalam bilik saja kan. Lainlah kalau orang honeymoon..Ngehhhh tiba-tiba.


1) HOTEL LASING

Tempat ini memang berbaloi gila gila, memang tengok dari luar macam tak hinginnnn haku, tapi bila tengok bilik dia memang selesa. We pilih standart Twin Room pun cuma RM65/-. Memang  sangat jimat bajet lah.


Ada koridor kat belakang bilik


Depan pun boleh duk lepak-lepak


2) KINABALU VIEW LODGE

Yang ini pun boleh tahan murah, tapi tak setanding dengan Hotel Lasing tadi. Sumber gambars dari KVL


Family Room  RM90.00 nett

Standard Twin Room  RM80.00 nett

Standard Double Room   RM75.00 nett

Antara dua ni, aku syorkan pilihan no.1 tu. Sangat berbaloi-baloi bagi mereka yang sederhana dan tak memilih sangat dan ingin berjimat.

Sekian, terima kasih daun keladi

Tuesday, June 21, 2011

Anjung Gayang Fishing

Assalamualaikum..

Mari dekat mari dekat, today aku nak kongsi satu port mancing yang kami pegi itu hari. Anjung Gayang Fishing namanya, Sebelah dengan Kg. Gayang Tuaran bawah Jambatan sana. Siapa yang tinggal area situ atau selalu lalu situ memang tau lah tempat ni. Sekarang dah lain, diorang sudah buat satu restoren di situ. Sambil boring-boring menunggu, boleh lah duk lepak-lepak sambil makan mee goreng seafood sambil minum air koka kola. Tapi kalau nak mancing situ kena bayar RM3 tau, even kami yang tak mancing pun just nak menyebok pun kena bayar. Pandai diorang cari income kan.



Inilah kami yang cuma menyebok, padahal yang memancingnya cuma seorang

Rezeki of the day , ingatkan nak catch & release tapi  terkial-kial buka mata kail akhirnya mati ditempat kejadian.


Sampai ke senja kamiorang kat sini

Aku tak pasti lah, sama ada ikan dekat sini dah pupus, berhijrah ka apa, dah tau kawasan ni kawasan blackspot bagi diorang kah atau kami yang tak da rezeki tak tahu lah. Rasanya dah masuk 3 kali mancing kat sini, ikan susah nak dapat, kah kami yang wrong time. Korang yang minat mancing cobalah cuba tempat sini, mana tau dapat ikan kerapu 100kg kah.hehe.. Atau pun susah susah pegi lah mancing kat pasar ikan macam saya, komfirm!! =)

Sekian, terima kasih daun keladi.

Monday, June 20, 2011

Wedding Of Awang Jul & Siti Noor Hayati

Assalamualaikum...

Semalam i attended majlis perkahwinan seorang lagi kawan hubby, dekat KL. Bukan KL Kuala Lumpur tapi dekat Kuala Lawas sana =) Boleh tahan jauh jugak lah, kalau daripada Bandar Lawas ke KL ambil masa 45 minit begitu. Jauhkah? Sampai situ, majlis memang happening pening lah, siap dengan karoke bagai. Ok friends, Just enjoy da gambars then..


The comel Bride

The Groom (Tersenyum-senyum malu) =)

Awang Jul & Yati. 
Status : Halal

Semoga kekal hingga ke Syurga. Amin Ya Rabb...

The Bride & Yours Truly


Sekian, terima kasih daun keladi

Saturday, June 18, 2011

Holidays at Ranau (Part 4)

Assalamualaikum...

Kalau ada yang tak tahu, entri hari ini berkesinambungan dengan entri Holidays at Ranau Part 1Part 2 dan Part 3 itu hari. Dengan tertaip dan terpublishnya entri Holidays at Ranau Part 4 ini maka lengkap lah sudah cerita aku selama 4 hari 3 malam keberadaan kami di Ranau tidak lama dulu.

Sekali lagi, mata anda akan disajikan dengan gambar-gambar yang boleh tahan manyak, jadi kalau rasa-rasa boring sila scroll down laju-laju atau tekan button close capat-capat. Tapi, aku rasa anda lagi boring kalau baca bebelan aku panjang-panjang daripada tengok gambar banyak-banyak kan..kan.

1) Kinabalu Park


Yahh..Kami mau pegi mendaki ni. Serius..

Perhatikan!! Golongan veteran lagi bertenaga dari muda-mudi!! How come!! Satu hari nanti mesti nama aku pun ada dalam senarai!! Dapatkah?

Ohhhhh...Itu gambar kami tengah main dengan Chipmunk =D

See..Comelkan, Tak takut orang pun. 
Jinak-jinak tupai, didekat boleh dipegang lari..

Rasa nak picit-picit dia.



I tell u.. Waktu ini tengahari, tapi sajukkksss diaaa.


Yang garis putih-putih itu Waterfall

Permandangan daripada Timpohon View

Yang ini aku jakun, first time tu aku nampak buah ni. 
Buah apa ni wehh, adakah stroberi hutan?? 
Huhu...Maafkan kejakunan saya..


2) Strawberry Garden

Taman Stroberi ini dekat Strawberry Garden Hotel sana 



Boleh dia tanam dalam kasut?


3)Taman Bunga 

Dekat Agro T Nursery sana berhadapan dengan SK Kundasang kalau tak salah. Tak banyak tempat yang best kat dalam ni. Sangat-sangat-sangat mengecewakan!! bunga-bunga pun banyak yang dah layu, tanaman tak berjaga, rumput-rumput bermaharajalela, semak!! Tapi diorang still terima orang masuk dan siap minta yuran masuk Rm2. Hello!! malulah sikit wehhh!! ko punya garden ni dah macam belukar aku tengok. Kalau tak mintak duit masuk mungkin tak apa jugak~!.



Bunga dekat Strawberry Garden tadi

Selain bunga-bungaan, mereka juga ada tanam tomato


4) Pasar Kundasang

Akhir sekali kami singgah dekat Pasar Kundasang. Ingatkan nak singgah War Memorial, tapi rasa penat sangat, kesian dekat nunang rasa kejam pulak bawak dia kesana sini, nasib baik sporting. 
Pasar Kundasang terletak dekat tepi jalan saja, jem memang Astaghfirullah, kena sabar banyak-banyak. Even aku yang jadi penumpang pun rasa macam nak tensen Aiyoyoyoyo ini KL kah apa. 

Banyak sayur bulih pilih-pilih


Note : Jadi, kesimpulannya banyak tempat tempat menarik di Negeri kita ni yang belum kita jelajahi. Tak payah lah dulu pergi jauh-jauh, kita kenali dulu tempat kita k. 

-TAMAT-

Sekian, Terima Kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...