Sunday, July 24, 2011

Terharu

Petang lepas Asar tadi housemate buat kejutan, aku pun tak tahu bila masa diorang keluar rumah g beli kek n makanan segala. Balik-balik je dah bawa sebijik kek buat sambut birthday aku yang terlambat 2 hari itu. Mungkinkah kerana melihatkan raut wajah ku yang bermuram durjana maka mereka merancang untuk membuat suprise?! Ohhh.. terharunya saya!! Thanx Hana & Sarong!!

Nampak simple tapi nyamannn!! Licin terus kami kerja kan =B


Makanan yang tak habis termasuk sisa tulang temulang bagi dengan dia




Saturday, July 23, 2011

Happy SabtuDay (*-*)v !!

Assalamualaikummm!!..

Hari ini bangun awal sikit dari hajat sebenar hati yang mahu bangun lambat. Sejak bulan jun lalu hujung minggu   adalah menjadi hari yang buzy untuk saya. Tiada rehat2 di rumah..tiada bangun lambat..tidak boleh juga terbongkang di katil lama2.. Jadi hujung minggu ini hari yang ditunggu-tunggu, saya sudah berniat awal-awal mau tebus balik penat lelah, mau tidur puas-puas sebab nanti bila sudah kawen bini tak boleh bangun lambat nanti laki marah.(--"). Tapi pagi tadi semua hancur, pagi-pagi lagi jiran sebelah sudah buat bising ktuk ktak ktuk ktak ntah apa yang dikerjakannya. Paksa-paksa juga tutup mata, tapi telinga tak mau kerjasama. Tak boleh pekakkan telinga. Akhirnya, terpaksa bangun. 

First thing yang saya buat, basuh cadar basuh selimut yang entah berapa minggu dah tak bercuci =P. Lepas breakfast terus kemas-kemas rumah keseorangan sambil dengar suria fm.=B normal life. Sekarang boleh rilex.. Kerja dah selesai... Wahh indah nya dunia kalau begini hari-hari.=)

Selamat Berhujung Minggu ~!!!


Tiba-tiba rindu dengan sikici yang nakal ni~!!





Friday, July 22, 2011

22 Julai (!!!)

Assalamualaikum..


Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu sudah 20 tahun tambah empat tahun aku hidup di muka bumi Allah ini. Isk..Isk..Tak sangka betul, dah besar pun c Farah ni. Tak banyak yang aku inginkan dalam hidup ini cuma aku bermohon semoga setiap langkah yang aku ambil dirahmati, diberkati dan sentiasa dalam bimbingan  Allah S.W.T Aminnnn..


 



Kalau dulu dulu masa masih hingusan teringin nak cepat cepat besar. Selalu tertanya-tanya apa aku akan jadi masa umur ku 20an..macamana kah rupa ku besar nanti. Haha..hei farah kecik ni sudah besar rupanya. Kalau  dapat undo balik pegi zaman kanak-kanak kan best.. Tak payah fikir-fikir masalah orang dewasa.=)

Happy Birthday to me =D

- Post ini auto published, i dah nyenyak tido pun hahh-

Sekian, terima kasih babai..

Thursday, July 21, 2011

Terkilan Sangat Sangat

Assalamualaikumm..

Aku sangat terkilan dengan sorang member yang sampai sekarang aku still anggap dia kawan aku.. Tapi gara-gara FACEBOOK!! dia sanggup putuskan persahabatan kami. Hanya sebab aku ikut-ikut komen dekat status fb dia saja, aku tak nampak pun apa kesalahan aku sampai dia nak bergaduh dan putus kawan. Apa pun salah aku, aku sudah minta maaf walaupun aku sendiri tak jelas apa salah yang aku buat. Sampai sekarang aku tak faham kenapa..





Buat sahabat yang pernah rapat dengan aku ni.. sorry to say lah aku ni tidak kisah pun putus kawan dengan kau. Sekalipun kalau kau tak pernah muncul dalam hidup aku pun ada ku kesah.. Tapi aku terkilan sangat gara-gara status kau sendiri di facebook tu kau begini, adoiii plisss lah. Apa-apa pun aku tak pernah simpan dendam dengan kau. Semoga kau happy happy selalu oke. Peace (*-*)v

Wednesday, July 20, 2011

What The Hell, Ini Memang Gila

MIAMI: Seorang remaja berusia 17 tahun secara kejam dan tanpa belas ihsan membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti, sedangkan mayat orang tuanya masih berada di dalam bilik tidur kediaman itu, kata polis, semalam.
Tyler Hadley dari Port St Lucie, Florida, didakwa membelasah ibunya, Mary Jo, seorang guru dan bapa, Blake hingga mati dengan tukul besi yang ditemui berhampiran mayat kedua-duanya.

Remaja itu dikatakan membunuh ibu bapanya sebelum menganjurkan parti untuk 40 hingga 60 tetamu malam Ahad lalu selepas menghantar undangan di laman Facebook.
Parti itu bermula kira-kira jam 9 malam dan berlanjutan hingga jam 3 pagi. Polis tiba di kediaman ala ladang itu keesokannya selepas mendapat maklumat. Menurut polis, Hadley kelihatan gugup dan cemas dan terdapat tin bir berserakan di luar kediamannya.

Pada awalnya, dia memberitahu polis ibu bapanya berada di luar bandar. Polis kemudian menemui mayat ibu dan bapa remaja berkenaan di dalam bilik tidur utama di mana pintunya berkunci. Motif pembunuhan itu belum dapat dipastikan tetapi seorang penduduk berkata, dia mendengar ibu bapa Hadley enggan membenarkan remaja itu mengadakan parti. Sumber HM

Nasib baiklah kejadian ini bukan di negara kita. Gerun. Patut tidak kena kasi lahir tu anak dari awal.

Wordless Wednesday #4 Pencinta Miaw











Tuesday, July 19, 2011

Taman Perdana Tg. Aru

Assalamualaikum..

Kalau mahu bersosial secara tidak liar, cadangan aku sila lah ke Taman Perdana Tanjung Aru KK sana. Taman tu baru saja buka beberapa bulan. Kalau bawa family and friends pegi beriadah memang sesuai sangat. Tapi kalau kau pegi sana semata-mata mau berdating and feeling jiwang-jiwang hehehe baik tak payah lah. Memang tidak romantik betul dan bikin sakit mata orang ramai saja. 

Apa yang menarik aku pegi sini selain environment dia yang bersih, sebelah malam dorang ada pasang pancuran air bercahaya dan berirama. Memang saat-saat yang ditunggu-tunggu, kan benda jarang-jarang disini. Jadi orang ramai berkumpul menunggu itu lah. Memang siok dan terpegun beberapa saat!! aku lah.. Jadi siapa yang belum pegi silakan lah ya..

Oh ini bukan di Taman Perdana.. 

Tapi tepi pantai Tg.Aru tengah tengok sunset







Sekian, terima kasih =)

Friday, July 15, 2011

.......


You Better Believe I'm Coming
You Better Believe What I Say
You Better Hold On To Your Promises
Because You Bet, You'll Get What You Deserve

She's Going To Leave Him Over
She's Gonna Take Her Love Away
So Much For Your Etenal Vows, Well
It Does Not Matter Anyway

Why Can't You Stay Here Awhile
Stay Here Awhile
Stay Here Awhile
Stay With Me

Oh, All The Promises We Made
All The Meaningless And Empty Words
I Prayed.. Prayed..Prayed
Oh, All The Promises We Broke
All The Meaningless and Empty Words
I Spoke.. Spoke.. Spoke

What Of All The Things That You Taught Me
What Of All The Things That You'd Say
What Of All Your Prophetic Preaching
You're Just Throwing It All Away

Maybe We Should Burn The House Down
Have Ourselves Another Fight
Leave The Cobwebs In The Closet
'Cos Tearing Them Out Is Just Not Right



Promises - Cranberries




Thursday, July 14, 2011

Harimau Malaya VS Arsenal

Assalamualaikum..



Tadi sempat baca berita online KOSMO dan BH tentang perlawanan semalam diantara Skuad Kebangsaan dengan Arsenal. Walaupun aku peminat team Arsenal, tapi aku still sokong Pemain Bola Sepak Malaysia. Yalah, Pemain Negara kita tu mesti sokong, siapa lagi kalau bukan kita.  Sedih pulak Harimau Malaya kena belasah 0-4 oleh Arsenal semalam.. Lagi sedih bila baca berita yang majoriti penonton di Stadium malam tadi pakai baju jersi warna merah..  (T-T)....


Wednesday, July 13, 2011

Kesukaan Baru


Assalamualaikum...

*Ini bukan entry wordless wednesday , Jadi sedikit sebanyak entry ini mengandungi wordmore disamping gambar-gambar yang menjadi penguat penceritaan dan kewajipan.* Hehh... Saya tidak mau gambar saja bercerita, mari aku bagi penerangan juga.

Kesukaan baru yang dimaksudkan ialah hobby baru yang menjadi kegemaran. Gara-gara terjangkit oleh Sang Nunang yang menurut beliau ini adalah kegilaan nya. Saya pun ikut addicted tapi belum lagi sampai tahap kegilaan seperti dia. Apa yang dia gilakan?? Apa yang macam bagusss sangat konon?


   


































     
Tadaaa...  Ini dia kesukaan baru. Makan Pringles??? ohhh tidaks...

Next Pics..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Dapat apa yang aku maksudkan?? Itu lah dia, Sekarang ini kami dua pulak bertanding siapa dapat kumpul paling banyak syiling. Kebanyakkan orang tak suka kalau duit syiling berat-berat dlm beg kan.. Macam aku juga dulu, tak suka bawa logam banyak-banyak dalam beg. Tapi sejak tahun lepas, bila c Nunang minta tolong aku kira duit syiling yang dia ada adalah dalam RM400 lebih lebih begitu, terus dia bikin tambah duit tu bikin beli cincin tunang itu hari.. Oh hahaha...Terus jeles mau juga kumpul duit syiling sampai banyak. KLIK SINI

Jumlah terkumpul setakat ini :

Syiling 0.50 sen   =  RM 59.50
Syiling 0.20 sen   =  RM 58.40
Syiling 0.10 sen   =  RM 38.90
Syiling 0.05 sen   =  RM 1.95

Jumlah                =  RM 157.95                         

NOTE : Entry ini hanya bercerita mengenai hobby baru aku sahaja, tiada kena mengena dengan mengada-ngada nak tunjuk duit yang tak berapa banyak itu. =)



Sekian. terima kasih daun keladi =)

Tuesday, July 12, 2011

Perjalanan ke HomeTown

Assalamualaikum..

09072011 yang baru lepas, sekali lagi berpeluang balik kampung bukan untuk mengikut perhimpunan Bersih... bukan..Tapi ada agenda lain yang harus diselesaikan.. Ya selama ini susah nak dapat peluang macam begini untuk balik kampung walaupun perjalanan cuma hampir 5 jam dari Lws ke Tuaran, tapi untuk balik setiap minggu itu adalah mustahil. Bulih tahan jauh juga itu, habis-habis masa di perjalanan saja. Tapi kalau aku yang jadi driver sanggup kut, tapi sudah drivernya ada masalah gegaran lutut jadi faham-fahamlah. Ada karang tercabut lututnya tu. Hahaha..ops suri tunangku.. Jangan marah ahhh.. Cepat tuha karang. Nda sudah baby face..nyaii uhuk uhuk~!!


Halo everyone.. kami nak balik kampung ni. Bye..

Banyak kali jumpa road block, jem panjang tak mau kalah. Gara-gara BERSIH. 


Salah satu tujuan 

Wehh.. ko nak begambar ka nak cari barang??

After urusan tadi perut kami minta di isi. We have taken our lunch at MarryBrown 1 Borneo. Ada orang tiba-tiba mengidam nak makan di SINI. I follow ja.. dah dia belanja, jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Rugi..rugi..rugi..nanti. 


Ini dia orang mengidam

Nasi MarryBrown for him

Fries putar-putar

Spicy Seafood Poriddge idamanku selalu

Nasi Ayam MarryBrown for me


Sesudah kenyang-kenyang, pusing 1B sekejap. Sempat terserempak dengan JamalAbdillah bukan artis kegemaran depan Secret Recipe masa tengah tunggu nunang lama gilak masuk washroom. Aku takut-takut jak dia tetido dalam washroom tu sebab telampau selesa dia bilang. Rupa-rupanya lama menggambar itu washroom.. ha..ha.. jangan-jangan dia mau buat entry pasal tandas kali tu. hehh

We at Pantai Kg. Shabandar my hometown

Sunset ciptaan Tuhan yang keindahannya cuma sebentar


Sekian, Terima Kasih Daun Keladi. Lain Kali Datang Lagi =)

Friday, July 8, 2011

Angan-Anganku Musnah

Assalamualaikum..

Selalunya secantikkkk dan semahall mana pun wedding card kita, lepas kawen mesti orang akan simpannn ja, paling kejam pun orang akan buang..Betulkan? buat apa orang mau simpan..kin samak ja. huhu maafkan saya, tapi itu kan memang sudah terbukti di kalangan kita, tapi memang ada jugaklah orang yang suka kumpul wedding card ini tapi bilangan orang ini tidak banyak lah. 

Tapi, mau kad kawen semahal mana pun secantik mana kah itu semua terpulang kepada individu dan budget masing-masing. Yalah, nak kawen kan hanya sekali, jadi mesti juga pilih yang terbaik untuk majlis masing-masing. Ada juga sebagai tanda ingatan kita kemudian hari nanti kan.

Bagi aku, aku suka kalau wedding card aku nanti yang dua dalam satu. Maksudnya orang masih lagi boleh gunapakai wedding card itu walaupun sudah selesai majlis. Dua contoh di bawah..


Kad Kahwin Farah AF2 berbentuk kipas tangan. Nanti boleh orang guna ini untuk kipas kipas bila panas pengantin lambat bersanding ataupun untuk kipas sate kah..Hahaha..

Yang ini pun best..i likeeeee (sumber : google)

Apasal aku story pasal kad kahwin tiba-tiba ni?? Pasal aku punya pasal lah...ha..ha.. Sebenarnya aku nak sangat ada wedding card macam ini kalau kahwin nanti, tak macam ini pun tak apa janji cantik.Tapi awal-awal tunang aku dah 'cuci' aku dengan alasan-alasan dia kenapa Tidak Perlu untuk membazir duit untuk benda yang boleh dikurangkan budget. Ya..ya aku setuju pendapat dia tapi.... OMG tolong lah jangan membazir Farah!! (bisik dalam hati sendiri hehh). Perkataan yang aku bold di perenggan pertama itu pun kasi sedap hati sendiri jak sebenarnya. Huhu..

Jadi kalau sudah dapat agak apa orang akan buat pada kad kahwin kita nanti, jangan sia-sia kan duit anda untuk pembaziran seperti itu. Kalau anda orang kaya dan mampu itu tidak apa lah kan. Ambil langkah paling jimat yang boleh untuk kurangkan budget-budget anda. Yang paling penting jangan sampai berhutang, tidak aman hidup kalau berhutang dengan orang.

NOTE : Mohon ampun dan maaf kalau ada kata-kata diatas yang menyinggung perasaan sanubari anda semua okeh.. Semua ayat-ayat diatas ditujukan untuk diri sendiri jadi jangan lah terperasan kalau ada persamaan okeh.. Huhu



Sekian, terima kasih daun keladi =)

Thursday, July 7, 2011

Seksi, Seksa Or Selesa ??

Assalamualaikum..

Semenjak dua tiga empat menjak ini aku selalu sakit belakang. Dont Know why, keadaan ini buat aku jadi tak selesa. Kadang-kadang terpikir juga aku, OMG aku ni berpenyakit kah apa, atau OMG ada jin tengah bergayut di belakang aku kah sekarang ini. Ohh akibat terpengaruh oleh cerita Mantera Anjasmoro itu hari, part jin/satan/iblis tengah berselera makan organ-organ c zahid. Ah siapa layan crita ini itu hari tau lah macam mana. Tapi bukan Mantera Anjasmoro yang aku nak story.


Aku nak story pasal bahaya kalau selalu pakai kasut tumit tinggi ni. Aku pernah juga dengar orang cakap kalau pakai kasut tumit tinggi boleh menyebabkan sakit belakang. Semalam aku tanya dengan housemate yang kerja kat hospital, 'wehh, kalau pakai kasut tinggi ni boleh sakit belakang kah?'. 'Iya, memang boleh sakit belakang dan bla..bla..bla....'. Aduhhhh, patutlah. Seterusnya aku google pasal ini. 

Berikut adalah permasalahan yang timbul dari pemakaian kasut tumit tinggi, ini pun aku copy paste ja dari sumber hasil googling tadi. =)

1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutu merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan
Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan kasut tumit tinggi anda.

2. BETIS
Otot dibahagian betis akan mengerut (contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat.

3. MORTON's NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekiling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.














































4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.










































5. HAMMERTOES
Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dalam keadaan bengkok pada sensi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.







































6. PUMP BUMP
Tali kasut yang tebal dan keras bolehmenyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan yang dikenali sebagai 'Hangglund's Deformitiy'
































SAKIT BELAKANG
Oleh kerana berat badan ‘ditolak’ ke depan, ia akan menyebabkan tulang belakang ‘tertolak’ ke belakang untuk keseimbangan. Perkara ini lama-kelamaan akan menyebabkan sakit belakang.


Aku rasa ini lagi seram dari cerita hantu Mantera Anjasmoro. Tapi tidak dinafikan, berkasut tumit tinggi memang susah dipisahkan oleh wanita masa kini. Orang cakap biar seksa asal seksi dan bergaya. Iyakah.. mungkin ada benarnya tapi apa guna kalau membinasakan badan sendiri kan. Mungkin aku patut pakai selipar saja la pigi kerja.=) Selesa lagi. Tu lah orang cakap dulu kau buat tak dengar. Sekarang rasain loh.(T-T)

Sekian, terima kasih daun keladi =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...