pregnancy

Wednesday, April 7, 2010

Buatmu Sahabat

Hayatul Farah Mohd Nasir
Satu-satunya sahabat terbaik yang pernah aku jumpa, Yang membuatkan sesiapa saja selesa berdampingan dengannya, Seorang pendengar yang baik, Seorang Penasihat, Seorang yang baik hati, Seorang yang kuat menangis, Seorang yang tulus, Seorang yang marah cuma 10 saat tapi merajuknya 10 jam. hehe..;')

i wish u

Happy BDay Yang ke23
Semoga panjang umur
Dimurahkan rezeki
Dipercepatkan jodoh (--")
Makin cantik comel lote
dan
jangan cengeng lagi!! fight 4 win!!





Note WithLuv : Bulan 7 nanti kita jumpa ya ;D sayang kamu..~

Monday, April 5, 2010

Hang Out

Pada suatu petang yang damai.. tidak panas dan tidak juga hujan.. di saat mentari berselindung di balik awan.. ketika burung gagak sedang keluar mencari makan.. Maka keluar berjalan menghirup udara yang segar adalah satu keputusan yang tepat dilakukan di petang itu!!.. di sebatang jalan yang lengang, terlihatlah kelibat 3 orang sekawan sedang berjalan kaki menuju ke food court presint 9 itu untuk mencari makanan bagi mengisi perut-perut yang sedang kekosongan (heh..bila jalan cerita begini, tiba-tiba terkenang zaman kanak2 yang begitu suka meembaca cerita dongeng dahulu kala (--") ). Perjalanan dari rumah ke food court hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke situ. Namun sekiranya kau berjalan ala-ala lenggang kangkung maka perjalanan yang 15 minit itu pun boleh lah ditukarkan menjadi 25 minit!! heii.. macamlah selama ini aku mengira setiap saat perjalanan ke sana!!


Posing Kak G n Alia sebelum makan. owh ya..ice blended koko itu saya yang punya!!

Tiada orang yang tau wajah 2 orang ini adalah wajah baru bangun tido..


Sunday, April 4, 2010

Clash Of The Titans



Clash of the titans, wayang yang terlalu ingin di tonton dari minggu lepas lagi!! dan siang tadi adalah waktu yang di tunggu-tunggu untuk menebus kembali niat yang dari minggu lepas itu.;D.. ngahaha..(tiba2 pulak ketawa) akhirnya...cerita dia memang best, mengisahkan tentang manusia (perseus) yang separuh dewa (anak zeus) yang berjuang menentang kejahatan (dewa hades) untuk memulihkan kerajaan Argos..bla..bla..bla.. tengok lah sendiri baru puas hati..nahhh..siap ku hambek gambar di poster yang terbentang luas di situ sebagai tanda aku telah menonton filem ini!!ceh..poyo kau farah!!






Gambar alia tengah memilih lip gloss ini tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas..hehe


terlalu teruja melihat anak patung hingga menangis...~TIPU!!!!

Ya perempuan memang suka anak patung

Ambik gambar ketika makan di "kepsi" juga tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas

Note WithLuv : Clash Of The Titans ada sedikit persamaan dengan Percy Jackson & The Lightening Thief??




Thursday, April 1, 2010

Aku Ingin Pulang

Something make me happy, make my day!, make my day!...macam ada peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga..heh!! macam lah selama ini kau di oversea sana sampai susah mau balik2!! last balik kk hari tu masa hari raya tahun lepas..lama tak lama sudah 6 bulan saya tidak balik kk..terasa betul derita merindu. nasib baik lah ada henfon, boleh juga call2 atau sms2 ubat rindu duka lara. Nahhh..sebagai pengubat rindu silalah beli tiket balik kk sekarang!!.. pegi balik jak pun baru RM138.00..boleh lagi holiday seminggu di kampung..

kasi klik gambar ini supaya dia jadi besar, supaya kamu nampak jelas

Note WithLuv : Setelah difikir semasak-masaknya dan hampir hangus..tidak jadi lagi untuk kembali ke pangkuan keluarga atas sebab sebab tertentu..(T-T)...daku menangis lagi..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...