pregnancy

Tuesday, June 21, 2011

Anjung Gayang Fishing

Assalamualaikum..

Mari dekat mari dekat, today aku nak kongsi satu port mancing yang kami pegi itu hari. Anjung Gayang Fishing namanya, Sebelah dengan Kg. Gayang Tuaran bawah Jambatan sana. Siapa yang tinggal area situ atau selalu lalu situ memang tau lah tempat ni. Sekarang dah lain, diorang sudah buat satu restoren di situ. Sambil boring-boring menunggu, boleh lah duk lepak-lepak sambil makan mee goreng seafood sambil minum air koka kola. Tapi kalau nak mancing situ kena bayar RM3 tau, even kami yang tak mancing pun just nak menyebok pun kena bayar. Pandai diorang cari income kan.



Inilah kami yang cuma menyebok, padahal yang memancingnya cuma seorang

Rezeki of the day , ingatkan nak catch & release tapi  terkial-kial buka mata kail akhirnya mati ditempat kejadian.


Sampai ke senja kamiorang kat sini

Aku tak pasti lah, sama ada ikan dekat sini dah pupus, berhijrah ka apa, dah tau kawasan ni kawasan blackspot bagi diorang kah atau kami yang tak da rezeki tak tahu lah. Rasanya dah masuk 3 kali mancing kat sini, ikan susah nak dapat, kah kami yang wrong time. Korang yang minat mancing cobalah cuba tempat sini, mana tau dapat ikan kerapu 100kg kah.hehe.. Atau pun susah susah pegi lah mancing kat pasar ikan macam saya, komfirm!! =)

Sekian, terima kasih daun keladi.

Thursday, June 16, 2011

Malawa Seafood Restaurant

Assalamualaikum..

Today, aku nak kongsi satu tempat makan yang pernah aku singgah tak lama dulu. Malawa Seafood Restaurant nama diberi. Dekat KKIP sana dekat juga dengan Politeknik sana. Dulu masa lagi dalam proses pembinaan, aku fikirkan diorang tu nak buat tokong cina kah apa, sebab ala-ala tokong cina pun ada juga. Alih-alih restaurant, cantik....Not bad lah. 

Rasa makanan biasa-biasa saja. tak lah sedap sangat. Kita order 3 jenis masakan. Ikan masak tiga rasa itu pun langsung tak membangkit selera aku sebab hiasan dia tak cantik dan rasa dia kurang, tak lawan dengan ikan 3 rasa dekat R. Getaran Jiwa sana dulu. Sayur Campur dia pun di potong besar-besar, aku tak suka. Daus tu pun aku tak berapa suka, tapi nunang aku banyak pulak makan. Daus tu istilah kami panggil untuk kerang yang dekat laut tu..yang macam rupa lokan tu bah. nampak??

Makanan macam untuk 4 orang, padahal yang makan 2 orang sahaja. 
Pastu boleh pulak habis, lahap betul. Bukan aku..ada orang tuuu..;'D

Kalau kami ini nama dia daus.. nama melayu dia apa ya?? lokan laut kut..hehh adakah.

Sayor Campoq naa.. harus ada sayur supaya makanan kita seimbang

Ikan ? masak 3 rasa


Luar Restaurant

Walaupun rasa dia biasa-biasa saja tapi servis dan layanan dorang sangat 3 bintang. Boleh tahan bagus lah layanan dorang, mesra... Sampai masa nak makan, kita saje lah bagi jauh sikit pinggan lauk tu, pastu dia datang tolak dekat supaya senang capai lah tu. Ehh, aku sengaja lah bagi jauh pinggan tu, x payah lah tolak-tolak bagi dekat!. Terus rasa nak adab, ingat balik table manner, padahal gelojoh. hehe

Note : Walaupun makan tak berapa, tapi servis ok. Senang sikit ati. Jangan, makanan tak ok servis pun jahat nanti terus aku makan sambil sumpah-sumpah dalam hati =) hehh..xde lah wehh..(^-^)v


Sekian, terima kasih ya.

Monday, June 6, 2011

Majlis Pertunangan Ayob & Mira

Assalamualaikum..

Semalam 05 Jun 2011 bersamaan dengan hari ahad, terpatrilah ikatan khitbah dua hati antara Ayob & Mira. Majlis berlangsung ermmm around 1430 kut, tak jugak aku tengok jam masa tu.. ngehhh~ Nasib baek jugak lah my ffil ada turut sama memeriahkan majlis, ada juga lah teman dalam majlis tu. Kalau tak, memang galat lah saurang2 dalam keramaian.  



#1 - #3. 'Dulang boy'. hehe sukati jak haku beri nama. 
Satu fenomena jugak lah bagi aku, sebab kalau tempat aku yang angkat dulang begini cuma ladies2 jer.. dekat sini gentlemen nya pulak.


#4 - #5. The Hantarans. 
Yang atas dari pihak lelaki - pihak perempuan
Yang bawah dari pihak perempuan - pihak lelaki

Inilah dia orang yang bertunang tu Mira&Ayob. Sama cantik sama padan kan;')



Lepas jak dari kenduri diorang terus hujan rahmat datang. Anyway, semoga kedua pasangan diberkati dan dirahmat oleh Allah S.W.T di setiap langkah perjalanan.  Tinggal satu step lagi ke gerbang perkahwinan. Tahniah~!!!

Sekian, Konsikou for reading this..


Sunday, June 5, 2011

Visiting Rumah Tahai Kg Awat-Awat Sundar

Assalamualaikum..

Hai cemua.. Minggu ini memang sangat penat.. tak ada masa nak rileks2 time cuti ini. Pegi situ lah pegi sini lah, lawat itu lah lawat ini lah. Hari-hari ada saja aktiviti, padahal kalau cuti ini sudah berfikir mau rilexkan badan, rehatkan minda di rumah dari fikir pasal kerja3 yang tak akan pandai habis. Tapi ada bagusnya juga, bila sudah jalan sana sini, otak pun jadi freshh, hati pun rasa gumbira, pasal kerja pun tak fikir hohoho  ( ketawa gembira(--") ). Petang tadi pun dari tengok kawan hubby bertunang. Insyaallah nanti2 lah i update.

Semalam, family hubby datang Lawas semata-mata nak tengok saudara mereka kahwin. Alang-alang dah sampai Lawas, then we bawak lah diorang jalan-jalan pegi Kg. Awat-Awat Sundar just melihat-lihat tempat orang.  Ngam pulak masa itu ada orang berjual Ikan Tahai, baiklah membawa diorang kesana membeli Tahai. Beli dari tempat memproses tahai berlipat ganda lagi murah daripada membeli dekat pasar. Murah berbaloi-baloi baloi itellu.


Perkampungan Awat-Awat, Sundar

Disinilah tempatnya jual tahai murah-murah


me dengan ffil

Tempat penyalaian Ikan Tahai

Panasss..macam dalam sauna!

Ngam pulak petang itu ada orang berlatih lumba perahu, berlatih mungkin untuk pertandingan Pesta Lawas akan datang kut..

Disini juga femes tempat orang memancing, pun selalu mancing sini dengan my fiancee

Cuti kali ini sangat best, tapi tak boleh selalu begini sebab nanti jiwa dan raga i merajuk sebab tak dapat rehat yang cukup. Dari Sabtu lepas sampai ahad ini jadi sibuk macam menteri. Hehh.. Tapi xpalah yang penting bermakna. Esok dah start kerja..waaaaa tensen elevensen balik~!! huhu


Sekian, Konsikou for reading this..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...