Thursday, July 7, 2011

Seksi, Seksa Or Selesa ??

Assalamualaikum..

Semenjak dua tiga empat menjak ini aku selalu sakit belakang. Dont Know why, keadaan ini buat aku jadi tak selesa. Kadang-kadang terpikir juga aku, OMG aku ni berpenyakit kah apa, atau OMG ada jin tengah bergayut di belakang aku kah sekarang ini. Ohh akibat terpengaruh oleh cerita Mantera Anjasmoro itu hari, part jin/satan/iblis tengah berselera makan organ-organ c zahid. Ah siapa layan crita ini itu hari tau lah macam mana. Tapi bukan Mantera Anjasmoro yang aku nak story.


Aku nak story pasal bahaya kalau selalu pakai kasut tumit tinggi ni. Aku pernah juga dengar orang cakap kalau pakai kasut tumit tinggi boleh menyebabkan sakit belakang. Semalam aku tanya dengan housemate yang kerja kat hospital, 'wehh, kalau pakai kasut tinggi ni boleh sakit belakang kah?'. 'Iya, memang boleh sakit belakang dan bla..bla..bla....'. Aduhhhh, patutlah. Seterusnya aku google pasal ini. 

Berikut adalah permasalahan yang timbul dari pemakaian kasut tumit tinggi, ini pun aku copy paste ja dari sumber hasil googling tadi. =)

1. LUTUT
Pemakaian kasut tumit tinggi akan mengubah postur badan seseorang dan ini menyebabkan beban yang tinggi pada bahagian dalam lutut. Lutu merupakan tempat yang biasa diserang osteoarthritis. Satu kajian telah dijalankan dan menunjukkan pertambahan di lutut sebanyak 26% dengan pemakaian kasut tumit tinggi.

a) Postur
Kasut tumit tinggi menolak titik berat badan ke depan dan menyebabkan ketidaksejajaran antara peha dan tulang belakang.

b) Tekanan
Kasut tumit tinggi mungkin boleh menjadikan kaki anda kelihatan panjang tetapi tekanan di bahagian depan kaki anda akan bertambah berkadar langsung dengan penambahan kasut tumit tinggi anda.

2. BETIS
Otot dibahagian betis akan mengerut (contract) untuk menyesuaikan dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Otot akan memendek dan menjadi ketat.

3. MORTON's NEUROMA
Tapak kasut yang tinggi serta hujung kasut yang tirus akan menyebabkan penebalan tisu disekiling saraf yang terletak antara jari kaki yang ketiga dan keempat. Ini akan menyebabkan rasa sakit dan kebas pada kaki.














































4. BUNIONS
Kasut yang ketat akan menyebabkan pertumbuhan tisu tulang pada dasar sendi ibu jari kaki. Ibu jari kaki akan tertolak ke arah jari kedua dan menyebabkan rasa sakit.










































5. HAMMERTOES
Hujung kasut yang runcing akan menolak kaki untuk berada dalam keadaan bengkok pada sensi di bahagian tengah kaki. Jadi otot yang terdapat pada jari kedua, ketiga dan keempat tidak dapat diluruskan walaupun apabila sudah menanggalkan kasut.







































6. PUMP BUMP
Tali kasut yang tebal dan keras bolehmenyakitkan tumit dan menyebabkan penebalan yang dikenali sebagai 'Hangglund's Deformitiy'
































SAKIT BELAKANG
Oleh kerana berat badan ‘ditolak’ ke depan, ia akan menyebabkan tulang belakang ‘tertolak’ ke belakang untuk keseimbangan. Perkara ini lama-kelamaan akan menyebabkan sakit belakang.


Aku rasa ini lagi seram dari cerita hantu Mantera Anjasmoro. Tapi tidak dinafikan, berkasut tumit tinggi memang susah dipisahkan oleh wanita masa kini. Orang cakap biar seksa asal seksi dan bergaya. Iyakah.. mungkin ada benarnya tapi apa guna kalau membinasakan badan sendiri kan. Mungkin aku patut pakai selipar saja la pigi kerja.=) Selesa lagi. Tu lah orang cakap dulu kau buat tak dengar. Sekarang rasain loh.(T-T)

Sekian, terima kasih daun keladi =)

5 comments:

zakey said...

x jadi la nak beli kasut tinggi klu macam ni...wkakakakakaaa...

Gunaqz said...

Hayoo .. bikin takut o! Nasib baik sia memang tidak suka kasut tumit tinggi. Nah, hati-hati ko pilih kasut ya Farah, ko tidak jara menengok kaki yang bengkok-bengok tu kah? his, palis-palis.

tiara dryden said...

sy malas guna heels sbb susah b'gerak. sbb klu sy jalan, kalah2 mcm driving teda trafik light. hahahah.

klu pakai utk jangka masa yg kejap, x jg tu :)

azly&iejah said...

geli lak aku tngok pic kaki d opret 2 bah..huhuhu

Farah Faridah said...

myzakey: kasi beli jak bah, buat periasan.hehhh =)

gunaqz : nahh..kalah2 cerita antu kan bikin takut.. mmg ni takut suda sa pakai heels ni. palis2 jauh2.

tiara : haha.. kasi brek2 juga bah kalau bejalan tu tiara, karang kena saman kalau telampau laju.hihi.. iya la skg ni kalo bulih bawa selipar spare lg.

azly : hahaha..aku pun x sanggup tgk kaki yg kena operate tu.. kin hilang selera makan aku..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...