Assalamualaikummm!!..
Hari ini bangun awal sikit dari hajat sebenar hati yang mahu bangun lambat. Sejak bulan jun lalu hujung minggu adalah menjadi hari yang buzy untuk saya. Tiada rehat2 di rumah..tiada bangun lambat..tidak boleh juga terbongkang di katil lama2.. Jadi hujung minggu ini hari yang ditunggu-tunggu, saya sudah berniat awal-awal mau tebus balik penat lelah, mau tidur puas-puas sebab nanti bila sudah kawen bini tak boleh bangun lambat nanti laki marah.(--"). Tapi pagi tadi semua hancur, pagi-pagi lagi jiran sebelah sudah buat bising ktuk ktak ktuk ktak ntah apa yang dikerjakannya. Paksa-paksa juga tutup mata, tapi telinga tak mau kerjasama. Tak boleh pekakkan telinga. Akhirnya, terpaksa bangun.
First thing yang saya buat, basuh cadar basuh selimut yang entah berapa minggu dah tak bercuci =P. Lepas breakfast terus kemas-kemas rumah keseorangan sambil dengar suria fm.=B normal life. Sekarang boleh rilex.. Kerja dah selesai... Wahh indah nya dunia kalau begini hari-hari.=)
Selamat Berhujung Minggu ~!!!
Tiba-tiba rindu dengan sikici yang nakal ni~!!
No comments:
Post a Comment