pregnancy

Friday, May 27, 2011

Yay! I Learn Something New

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua..!! Penghulu segala hari sudah datang. Cepat buat muka gumbira!! InsyaAllah.. Banyak2 kita buat amal di hari yang mulia ini!! Yang orang lelaki jangan lupa sembahyang jumaat tau. Yay..esok holiday weyyy.. ofkos aku gembira, semalam lambat tidur gara-gara packing barang nak balik kampung. Seminggu cuti tu, boleh lah aku rilex2 di kampung.

Sekarang ini aku sedang belajar teknik2 untuk mengambil gambar. Teknik apakah namanya tu??,entah lah.. teknik BOKEH kot (kalau salah sorii..betulkan saya!).. tapi rupa bentuk dia ada macam polkadot..haha..








Kalau orang yang memang terarr, mungkin lihat gambar ini nampak memang banyak kekurangan lah. ketidaksempurnaan memang jelas. haha.. well, saya budak baru belajar memang banyak kurang ajar.. im coriii... Sila bagi tunjuk ajar

P/S: To my sifu Mr.Zakey, thanx so muchh sebab ajarin saya, walaupun saya malas belajar sebenarnya. Banyak tanya sampai u rasa nak cekik..

Sekian, Konsikou for reading this

Tuesday, May 24, 2011

I Need Ur Help...

Tolong bagi cadangan. Hotel/Resort/Homestay atau apa apa lah accomodation dekat Ranau yang murah berbaloi baloi. Pelisssss... Any Suggestions?

Sejarah Hitam Semalam Tidak Akan Menghalang Kita Untuk Berjaya Pada Hari Ini

 Assalamualaikum

Semalam secara tak sengaja tengok cerita Juvana drama bersiri di TV3. Bukanlah pebret pun tengok cerita juvana ni, selalu jugaklah tengok, tapi tengok iklannya saja.. hehe..Tapi semalam tengah lepak lepak depan tv pastu ngam pulak cerita juvana ni tengah onscreen masa tu, tengok saja lah. Lama lama tengok macam best pulak cerita dia walaupun aku tak mengikuti  pun jalan cerita ni dari mula dulu. Tak tau pun ujung pangkal cerita ni.

Apa yang aku dapat tangkap pasal jalan cerita ni semalam, adalah berkaitan sisi kehidupan pelajar pelajar di dalam Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti yang masing masing mempunyai masalah juvana. Ada yang masuk sebab membunuh, ambil dadah, edar dadah dan sewaktu dengannya. Kehidupan di dalam Sekolah itu hanyalah penjara untuk pesalah pesalah juvana. Takut gila aku tengok cerita tu, bergaduh bertumbuk ala ala gangster sampai masuk hospital sudah menjadi kebiasaan. Omaigat....Seram..
Tapi bukan cerita juvana drama bersiri tv3 ni yang aku nak cerita

Tengah aku syok layan cerita juvana ini, tiba-tiba fikiran aku menerawang teringat seorang kawan yang aku kenali. Pun mempunyai sejarah pernah masuk sekolah sebegini atas sebab sebab tertentu. Atas dasar salah memilih kawan, kawan dia ni pulak ajak buat benda tak baik dia yang masih mentah pada saat itu hanya menurut. Akhirnya terkantoi oleh pihak berkuasa diheret disumbat ke Sekolah Tunas Bakti di Inanam. Tergamam jugak aku dengar cerita dia mula mula. Tak sangka~!

Kehidupan disana umpama penjara, tak tahu perkembangan dunia luar. Dari situ dia mulai belajar dan belajar. Tempoh 3 tahun yang di tetapkan di kurangkan, dia di keluarkan awal kerana berkelakuan baik. Masuk situ sewaktu umur 13 tahun pastu keluar masa nak masuk tingkatan 3. Dia kata, masa nak masuk sekolah tu yang payah, semua sekolah tak nak terima dia jadi student, sebab bermasalah. Mak Bapa nya yang banyak urus itu ini, akhirnya ada jugak sekolah yang sudi terima dia.

Lepas tu, cerita dia kat sekolah pulak buat aku kagum. Bayangkan lah dia masuk sekolah tu dengan zero. Kenalah belajar dari mula mula kan, dah namanya ketinggalan banyak matapelajaran. Masa Exam boleh pulak dia dapat no.1 dalam kelas. Memang aku tabik spring lah dekat kawan aku ni. Kalau dulu dia asyik di cemuh oleh masyarakat, sekarang ni, Alhamdulillah, sesuatu yang patut di syukuri, dia telah berjaya dalam kehidupannya. Aku pun tumpang gembira. Tak semua orang bernasib baik macam tu tau.

Semalam lepas tengok cerita juvana terus text dia

Aku : hai, aku baru lepas tengok juvana tv3. macam kes kau kan? (tanpa rasa bersalah)
Dia : Iya, macam aku.

Sesungguh nya sejarah hitam itu tidak akan mampu di padam di dalam lipatan hidup, namun ia tidak akan menjadi penghalang untuk kita berjaya pada hari ini. Ada ketikanya, Sejarah itu yang banyak mengajar kita untuk menjadi insan pada saat ini.



Konsikou, for reading this..

Sunday, May 22, 2011

Random Pictures

Assalamualaikum


Today, I just wanted to share some random pictures. Jangan cakap banyak jadi terus kepada gambar.. Let the mind think..


*Ini hanyalah entri yang banyak gambar*













Dalam sekeping gambar itu pasti ada suatu cerita yang di gambarkan oleh setiap otak kita kan..Eh jap, sesuai kah guna ayat sekeping gambar disini?? Ok.. tak apa. 




Saturday, May 21, 2011

Sesi Men'Deco' Ofis

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ini janji sudah ditunaikan. Jadi lepas ini korang jangan bebel bebel lebih lagi, karang ku bagi tangan kang..nak?hehe ampun.. aku guro jak.. sebenarnya, janji kita mau rajin-rajin ni masa cuti wesak day itu hari, tapi memandangkan cuaca pada pagi itu seperti menyuruh aku dan kamu-kamu untuk sambung tido, maka kita mengambil kata sepakat untuk melakukannya pada hari sabtu iaitu hari ini.

Pagi tadi, hari yang di janji sepertinya semua kerja bolehlah dikatakan selesai oleh kami. Datang opis around 0900am, selepas sarapan segala mula tugas around 0930am. Sepatutnya tidak begitu, aku kena desak suruh habiskan makan cepat cepat. sudahlah nasi lemak tu macam sedap jak rasanya, bila makan cepat cepat rasa macam makan sambil jogging u knoe.

Sebenarnya.. misi kami datang opis hari ini bukan lah sebab rajin. ngehehehe... tapi disebabkan janji yang mesti ditunaikan.. maka kami mengorbankan pagi sabtu kami di kala orang lain ada yang masih nyenyak tido kami sedang bertungkus lumus berperah keringat membersihkan, menyusun aturkan, men'deco'kan balik opis kami yang asalnya semak Ya Rabbiiiiii..

ok..sudah boleh lega sikit..kerja hampir selesai


ada gaya macam pengarah? &$*@^*!!

apa yang penting??

semangat

habis kemas kat dalam.. mari kemas dekat luar pulak

lebih kurang begini rupa dia masa semak tadi

Ada lah around 1300pm something kami siap tadi. Abaikan lunch semata mau cepat siap. Ada lagi Pic nak upload sebenarnya, saja letak banyak banyak supaya semak sikit belog ini. haha.. Tapi...sampai sini jak dulu, sakit hati ku line lidut mau upload gambar pun jadi lambat. 

Sekian.. Konsikou for reading this

Wednesday, May 18, 2011

Pagiku Kacau

 Assalamualaikum

Pagi ini bukan seperti pagi yang biasa, tapi bukan juga pagi yang luar biasa. Cuma hari ini ada aktiviti senaman yang perlu aku ambik bahagian. Berat jugak rasa hati nak ikut, malas lah nak bangun bersiap awal awal pagi macam begini. Kacau betol tau orang nak relaks. Tapi its okay, amik positif, its fer my own good. Untuk kesihatan yang berpanjangan harus amalkan gaya hidup yang sihat right?. InsyaAllah...

Kata ada senamrobik, bila sampai situ lain pulak. Down jap.. Hanya sesi reganggan otot, warming up dan jogging pusing padang tiga puloh tolak duapulohtujoh round samadengan tiga round sahaja. Hehhe.. But boleh tahan besar jugak lah padang tu. Padang bola kan. Kalau orang yang kurang stamina cam aku ni, kau rasa larat ke tak larat??


Baru sampai, jam lebih kurang around 0645am








Ya, aku berjaya habiskan tiga pusingan tanpa henti. Basah jugak lah ketiak masa tu.. haha.. 

Konsikou for reading this~!

Tuesday, May 17, 2011

Aktiviti Biasa Seharian Cuti

Assalamualaikum

Firstly, Happy Holiday and Happy Wesak Day to those yang celebrate it. (hari dah malam baru nak ucap apa kau ni). Ok fine, yang penting  aku ucapkan.. Aktiviti aku siang tadi? apalagi..aku g ukur jalan di Lawas ngan myfiance. Iya, kadang-kadang boring jugak bila selalu jumpa begini. Bukannya mengapa, Pengaliran uang itu yang bikin susah hati. Kalau dapat lepak di rumah sama sama kan lagi menjimatkan. InsyaAllah, akan tiba saatnya juga. Sabar kau hati..

Lepas g ukur jalan siang tadi, petangnya pulak ada main badminton kat dewan gaya. dah semalam tak join dorang main, petang ini mesti semangat lagi lagi bila pakai my new sport shoes. Rasa macam yeyeh pakai kasut baru. very childish. Itu ari, lama jugak lah aku tak join dorang main badminton gara gara kasut lama aku tu sudah pandai becakap dia minta ganti baru. Kebetulan pulak masa balik hometown itu ari kedai Bata ada bagi diskaun. Jadi aku rembat satu bukan sepuloh. 


Pic tadi siang. semangat Malaysia


Yeyeh kasut baru..yeyeh..(shadap!!!)

Konsikou for reading this~!

I'm Getting Older Already!!

Assalamualaikum..

Oh..aku sangat bermasalah dengan kunci atau kunci bermasalah dengan aku ni. entah lah, poning kepala den ni hah.. kadang-kadang aku termenung sendiri, aku ni nyanyuk sudah kah.. cepat jugak. kalau orang cakap banyak makan semut itu pasal selalu cepat lupa kunci letak mana, tidak juga. kalau aku minum air mesti aku tengok dalam gelas dulu takut takut ada mahlukasing dalam tu. Mungkin banyak fikir masalah negara kot, pasal harga minyak naik lagi, harga gula meninggi lagi, kenapa gaji aku tak naik naik kah. Ohhhh mungkin jugak.. huhh!!..

Aritu, lepas keluar makan dengan myfiancce, aku masuk rumah terus kunci pintu dari dalam. Langsung tak ingat kunci rumah tinggal kat luar. tup..tup keesokkan paginya time nak g keja macam ribut aku cari kunci rumah kat mana aku letak. Bila bukak main door, tak henti henti aku Istighfar atas kelalaian diri sendiri..Damn.. Im Getting Older Oredi. Nasib baiklah malam tu tak ada orang jahat nak masuk rumah aku. Kalau tak senang-senang saja dia masuk sebab kunci haku bagi tinggal je kat luar. Dah lah aku sorang je kat rumah masa ni. 

Syukur, nasib baiklah aku tak pakai gigi palsu, kaki palsu ke, kalau tak, aku rasa bila time nak jalan je mesti tinggal kat rumah semua tu. Mungkin aku patut buat rantai kunci rumah tu, lepas guna gantung kat leher.. Cool tak?

Konsikou for reading this~!

Monday, May 16, 2011

Guru Oh Guru (Selamat Hari Guru!!)

GURU OH GURU

JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA,
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SIAPA SAJA MENJADI DEWASA,
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA.

BY : USMAN AWANG




Dulu masa sekolah rendah, takut siot kalau tak hafal sifir. maka dengan itu kalau ada je masa terluang, dalam bas ke, dalam kelas, time rehat ke mesti bawa buku sifir pastu hafal dengan kawan. Sanggup conteng tapak tangan tulis sifir supaya bila cikgu matematik masuk nanti dia akan tanya sifir x boleh tengok buku, siapa dapat jawab baru boleh duduk. Kalau tak dapat jawab tak boleh duduk kena berdiri di kerusi sampai habis kelas.. Malu~..

Dulu masa sekolah menengah, Cikgu addmath suka sangat bagi kerja rumah dan aku pulak selalu sangat tak siapkan homework yang cikgu bagi (erkkk tak sangka aku mengaku disini!!). Sebenarnya aku tak suka matapelajaran addmath ni. Gara-gara tak siap homework addmath yang cikgu bagi, kena panggil ke pejabat Penolong Kanan merangkap guru disiplin di sekolah. Bukan aku sorang je, ramai lagi lah classmate yang gagal buat homework ni. Last2 kena lecture oleh Penolong kanan. Takut siot tentang mata dengan penolong kanan waktu tu. We all kena denda tulis ' Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi' sebanyak 500 patah perkataan dan kena hantar hari itu jugak! Lenguh jugak lah jari jemari ni tulis sebanyak tu. Mula dari itu, kalau cikgu bagi homework mesti sedaya upaya siapkan jugak. Malu~..

Buat cikgu cikgu yang terlalu banyak mengajar tanpa jemu, yang berusaha mendidik sampai anak muridnya jadi pandai, kepada kedua ibubapa, kepada insan-insan yang berkenaan dan kepada pengalaman-pengalaman aku selama ini Selamat Hari Guru~!

Konsikou for reading this~!

SEGMENT BLOGLIST UNTUK BLOG FOLLOWER 300 DAN KE BAWAH

" komuniti blogger di malaysia mestilah bersatu padu , bekerjasama dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain bagi mewujudkan silaturahim yang erat serta perpaduan yang hebat , salam 1 blogger dan salam 1 malaysia "

NOTE :  Untuk join klik SINI

Sunday, May 15, 2011

Outing to Sipitang Again

Assalamualaikum

Kalau ke Sipitang taksah tak singgah gerai makan sate. Saja panggil gerai makan sate, padahal bukan sate je yang di jual. Macam-macam hado, etc: Sayap Ayam Panggang, Ikan Bakar, Kuih Muih, Bakso, Soto dan banyak lagi lah. Tak payah mention semua, nanti belog i ni jadi macam belog menu makanan pulak.


Antara deretan gerai yang ada

Gerai pilihan hari ini

Ciken wings (tapi saya dah bosan makan)

ABC

Bakso, this is mine.

Rojak (sedap!!), yang ini nunang punya

selalu kalau makan sini mesti order benda yang sama juga

this cat tengah sekodeng 

Lepas makan, kami ke pantai sebelah gerai makan tu jak and we found this..

kucing miang, eh bukan miang but manja telebih


Selepas ke pantai, we pegi waterfront tengok orang main payung terjun, i think dorang baru nak belajar kot.. 

kejap je kembang

Pastu kuncup balik

Senja @ Sipitang
Suka tengok pemandangan waktu senja. Keindahan yang sementara cuma. 

Note : Sate di Sipitang ni di jual pada harga RM 0.40 sen satu. murah tak murah?? 

Ok dah habis. Konsikou for reading this~!

Saturday, May 14, 2011

Photoshooting @ Sipitang

Kalo berada di Lawas, tempat yang orang akan selalu pegi mesti adalah Sipitang, coba tanya siapa siapa di Lawas, kalo tak ke Limbang mesti ke Sipitang. Tapi kalo ke Limbang perjalanan dia leceh sikit, kena lalu Imigresen wajib!, Cek passport cek greencard keta wajib, pastu ada satu tempat lagi di Brunei kena singgah juga untuk cop passport, tak pasti apakah nama tempat tu. (tak pasti kah lupa, ngaku jak la!!) hehe.. mau tunggu Q naik feri wajib! pastu nunggu bukan main lama lagi, cuba saja dorang buat jambatan ke seberang padahal sungai itu pun bukannya besar sangat pun. Kalau berenang ke seberang tak sampai 5 minit tu. awu banar ni.. ngehhh...

Bukannya apa, Lawas ni namanya jak Bandar Lawas tapi pekannya kecik. Kalo mau beli barang-barang pun tak banyak choice yang ada. Jadi orang ramai lah ke Sipitang ni, beli barang-barang atau paling femes sini makan 'Sate Sipitang'. Tapi kalau kaki shoping, kaki wayang yang mau berjimat tinggal lah di lawas, boleh lah jimat sikit2. sebab pengeluaran duit untuk shoping atau tengok wayang di sini kurang. Sebab apa, tadak shoping kompleks & Panggung wayang di sini.. jadi boleh lah berjimat disini. But i still love Lawas.. ("__")

Kalau sudah namanya jalan-jalan, ambik gambar itu wajib bagi kami..ngehh... Kalo boring tengok gambar sila scroll bawah laju laju, atau klik button close cepat cepat.

Pantai Merintaman @ Sipitang

The Team
Yg Ensem tu : Photographer tidak bertauliah
The Girl : Model of the day

Kameramen : Perasan model betul!!
Model of daday : Biarlah...ada ku kesah......







Super love this Pic~!

Ok dah habis..Konsikou for reading this~!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...