Tuesday, May 10, 2011

Perkara Yang Dilakukan Bagi Elak Bosan

Assalamualaikum 

Bila kita buat benda yang sama hari-hari pun mesti boring kan.. Eh, ok2 bukan kita tapi maybe i sorg je kot. Rutin harian yang i buat tiap-tiap hari kalau i cerita pun mesti you ols gelak or kalau tidak pun mesti orang akan berfikiran 'ihh, teruk betul lah hidup cam ngko ni, boring betul, xda yang menarik langsung kah yang ada dalam hari-hari ko ni weii'. sambil berlalu pergi meninggalkan i bersendirian. heii kalo korang boring, aku lagi boring tau!! Biasalah hidup d negeri sebelah pun di kira perantau juga..xda keluarga dan boring

Rutin i setiap hari, bangun pagi terpaksa, going to opis terpaksa but mesti buat sebab tuntutan, kat opis menunggu ke pukul 5 tu terpaksa melalui lagi suasana yang boring, memang kerja tu tak berapa nak banyak la banding ngan opis lama, tapi bila kerja yang tak berapa nak banyak tu lah yang buat haku boring. buat benda yang sama. macam tak ikhlas benci tul ada perasaan tak ikhlas ni. Sedar ke tak sedar ke dah pukul 5, balik rumah. Kalo mood petang tu rajin, nyapu2 kemas2 masak2 lah haku apa yang patot. Pastu bila kira kira semua dah ok, tido lah sampai esok pagi. faham ke dok?? adesss..senang cam ni hah..

1) Bangun
2) Kerja
3) Balik Kerja
4) Tidor

Pastu ulang balik dari no.1 hingga no.4 setiap hari. Amacam?bengang ke tak bengang aku melalui hari-hari yang boring..jap,jap, nangis jap.

Ok, i tanak terus-terusan idup dalam 'boring seorang aku', maka sesuatu perlu di lakukan sebelum aku jadi stress seorang diri, jiwa kacau. ok i sekarang cuba larikan diri dari boring dengan libatkan diri dalam bermain badminton. Memang best sangat2, selain dapat bersenam keluarkan peluh menyihatkan badan, stress pun hilang sama sekali. Pastu dapat kenal kawan2 baru lagi, dapat lagi rapat dan mesra dengan kawan2 yang sediaada lagi tu. Memang pakej betullah. Kalau tak pandai main badminton tu..biasalah, mula2 memang macam tu. macam i jugak dulu, hoiii jangan gelak oii. i dulu pun main tak pandai main sampai bengkak tangan. Tapi bila minat tu dah ada, hahhku peduli apa. Pastu keesokkan pagi nya badan sakit2... Dont worry lah, kali kedua permainan dah hoke.. 
Kalau tak pergi main badminton, i pegi jogging ngan housemate. Pun best, sambil jogging gosip sikit-sikit, minda pun relaks, badan pun sehat, tido pun nyaman..hehe.. ok i tau lah, mungkin cara i ni tak gempak cam you ols kan, tapi ok lah daripada tak ada. dan paling penting benda ni benda baik.

Ok jadi, jangan terlampau boring dengan hidup ni.. Cari altenatif supaya hidup lagi ceria. tanak lah boring2. 
Kalau muka masham masham i tengok gambar ni.


Anyoyoyoyo....cumil..ini kucing siam + kucing kampung
(dia cakap "nyiauuuu, gigit nak?")


ni namanya sikicik, kucing i yang hilang melarikan diri ekor aritu. cedihh toll.


Ok dah habess..Terima kasih sebab sudi baca, Babai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...