pregnancy

Monday, May 16, 2011

Guru Oh Guru (Selamat Hari Guru!!)

GURU OH GURU

JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA,
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAKHTA,
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA,
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA,
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA,
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA,
JIKA HARI INI SIAPA SAJA MENJADI DEWASA,
SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA,
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA.

BY : USMAN AWANG




Dulu masa sekolah rendah, takut siot kalau tak hafal sifir. maka dengan itu kalau ada je masa terluang, dalam bas ke, dalam kelas, time rehat ke mesti bawa buku sifir pastu hafal dengan kawan. Sanggup conteng tapak tangan tulis sifir supaya bila cikgu matematik masuk nanti dia akan tanya sifir x boleh tengok buku, siapa dapat jawab baru boleh duduk. Kalau tak dapat jawab tak boleh duduk kena berdiri di kerusi sampai habis kelas.. Malu~..

Dulu masa sekolah menengah, Cikgu addmath suka sangat bagi kerja rumah dan aku pulak selalu sangat tak siapkan homework yang cikgu bagi (erkkk tak sangka aku mengaku disini!!). Sebenarnya aku tak suka matapelajaran addmath ni. Gara-gara tak siap homework addmath yang cikgu bagi, kena panggil ke pejabat Penolong Kanan merangkap guru disiplin di sekolah. Bukan aku sorang je, ramai lagi lah classmate yang gagal buat homework ni. Last2 kena lecture oleh Penolong kanan. Takut siot tentang mata dengan penolong kanan waktu tu. We all kena denda tulis ' Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi' sebanyak 500 patah perkataan dan kena hantar hari itu jugak! Lenguh jugak lah jari jemari ni tulis sebanyak tu. Mula dari itu, kalau cikgu bagi homework mesti sedaya upaya siapkan jugak. Malu~..

Buat cikgu cikgu yang terlalu banyak mengajar tanpa jemu, yang berusaha mendidik sampai anak muridnya jadi pandai, kepada kedua ibubapa, kepada insan-insan yang berkenaan dan kepada pengalaman-pengalaman aku selama ini Selamat Hari Guru~!

Konsikou for reading this~!

3 comments:

Farah Faridah said...

ema : yes!! sajak ni memang best kan..agree wif u.

wan_cikgumuzik said...

salam hormat,, join cabuatan bertuah dan dapat header.. http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/05/iisshhhkkk-cikgu-buat-cabutan-bertuah.html

p/s : sila letak shout box di blog anda...

1 said...

Selamat hari Cikgu Farah..

pasal subjek addmath ni, masa kami dulu, kami yg ajar cikgu kami subjek tu.haha..biasalah guru praktikal. lg pun tu bukan major dia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...