Assalamualaikum
Semalam secara tak sengaja tengok cerita Juvana drama bersiri di TV3. Bukanlah pebret pun tengok cerita juvana ni, selalu jugaklah tengok, tapi tengok iklannya saja.. hehe..Tapi semalam tengah lepak lepak depan tv pastu ngam pulak cerita juvana ni tengah onscreen masa tu, tengok saja lah. Lama lama tengok macam best pulak cerita dia walaupun aku tak mengikuti pun jalan cerita ni dari mula dulu. Tak tau pun ujung pangkal cerita ni.
Apa yang aku dapat tangkap pasal jalan cerita ni semalam, adalah berkaitan sisi kehidupan pelajar pelajar di dalam Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti yang masing masing mempunyai masalah juvana. Ada yang masuk sebab membunuh, ambil dadah, edar dadah dan sewaktu dengannya. Kehidupan di dalam Sekolah itu hanyalah penjara untuk pesalah pesalah juvana. Takut gila aku tengok cerita tu, bergaduh bertumbuk ala ala gangster sampai masuk hospital sudah menjadi kebiasaan. Omaigat....Seram..
Tapi bukan cerita juvana drama bersiri tv3 ni yang aku nak cerita
Tengah aku syok layan cerita juvana ini, tiba-tiba fikiran aku menerawang teringat seorang kawan yang aku kenali. Pun mempunyai sejarah pernah masuk sekolah sebegini atas sebab sebab tertentu. Atas dasar salah memilih kawan, kawan dia ni pulak ajak buat benda tak baik dia yang masih mentah pada saat itu hanya menurut. Akhirnya terkantoi oleh pihak berkuasa diheret disumbat ke Sekolah Tunas Bakti di Inanam. Tergamam jugak aku dengar cerita dia mula mula. Tak sangka~!
Kehidupan disana umpama penjara, tak tahu perkembangan dunia luar. Dari situ dia mulai belajar dan belajar. Tempoh 3 tahun yang di tetapkan di kurangkan, dia di keluarkan awal kerana berkelakuan baik. Masuk situ sewaktu umur 13 tahun pastu keluar masa nak masuk tingkatan 3. Dia kata, masa nak masuk sekolah tu yang payah, semua sekolah tak nak terima dia jadi student, sebab bermasalah. Mak Bapa nya yang banyak urus itu ini, akhirnya ada jugak sekolah yang sudi terima dia.
Lepas tu, cerita dia kat sekolah pulak buat aku kagum. Bayangkan lah dia masuk sekolah tu dengan zero. Kenalah belajar dari mula mula kan, dah namanya ketinggalan banyak matapelajaran. Masa Exam boleh pulak dia dapat no.1 dalam kelas. Memang aku tabik spring lah dekat kawan aku ni. Kalau dulu dia asyik di cemuh oleh masyarakat, sekarang ni, Alhamdulillah, sesuatu yang patut di syukuri, dia telah berjaya dalam kehidupannya. Aku pun tumpang gembira. Tak semua orang bernasib baik macam tu tau.
Semalam lepas tengok cerita juvana terus text dia
Aku : hai, aku baru lepas tengok juvana tv3. macam kes kau kan? (tanpa rasa bersalah)
Dia : Iya, macam aku.
Sesungguh nya sejarah hitam itu tidak akan mampu di padam di dalam lipatan hidup, namun ia tidak akan menjadi penghalang untuk kita berjaya pada hari ini. Ada ketikanya, Sejarah itu yang banyak mengajar kita untuk menjadi insan pada saat ini.
Konsikou, for reading this..
4 comments:
Its ok to text him/her pun tnpa rasa bersalah. Kalau dia tidak terasa means dia sudah accept perkara tu and learn something from it.
Ini la yg bestnya kan, hujung2 nya jadi apa. Permulaannnya tidak kisah la mcm mana. Jgn mula2 baik hujung2 jadi jahat.
cinoi : ya..sangat2 setuju dgn pendapat kamu tu. semua orang ada cerita tsendiri kan, biar mula2 jahat yg penting kita tgk kejadian dia yg hujung2 tu dia jadi baik. jangan sampai ke hujung jadi jahat bahaya jugak tu. =)
Apa pun sentiasa juga chek sama ada kita dalam landasan yang betul, kalau tergelincir sikit cepat² betulkan semula. Kalau jauh tersasar nanti senang syaitan mempengaruhi hidup kita.
thanx abg lan atas nasihat yang di beri =) InsyaAllah...
Post a Comment